Resepi siakap kerabu mangga ini sangat mudah untuk disiapkan. Tidak perlu membelanjakan hingga RM40 atau RM50 untuk hidangan ini di restoran, kadang-kadang harganya boleh menjadi lebih tinggi.
Dengan kos yang lebih rendah, anda masih boleh menikmati sajian yang lazat dan menjimatkan. Lebih baik jika anda masak sendiri di rumah dengan mengikuti resipi di bawah ini!
Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikuti Kaedah ini Agar Tak Meletup Ketika Menggoreng!
RESEPI SIAKAP KERABU MANGGA
Bahan-bahan untuk menggoreng ikan siakap:
- 1 ekor ikan siakap
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 1 sudu kecil kunyit
- 1 sudu tepung beras
Langkah-langkah menggoreng ikan siakap:
- Perap ikan bersama kunyit, serbuk perasa dan tepung beras. Goreng hingga keperangan.
Bahan sos (bahan A):
- 5 ulas bawang putih
- Segenggam udang kering (disangai terlebih dahulu)
- ½ ketul gula melaka
- 1 sudu gula
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 3 sudu besar sos ikan
- 2 biji cili padi hijau
- 2 biji cili padi merah
- 2 biji limau nipis (jika tidak mahu terlalu masam, boleh gunakan 1 biji sahaja)
Langkah penyediaan sos:
- Tumbuk kasar semua bahan A kecuali limau nipis. Peraskan limau nipis setelah bahan ditumbuk.
Bahan kerabu (bahan B):
- 1 biji mangga (disagat)
- 1 biji lobak merah (disagat)
- 2 biji tomato (dihiris halus)
- 1 ikat daun ketumbar (dihiris)
- 1 biji bawang holland (dihiris halus)
- 1 batang serai (dihiris halus)
- 2 helai daun limau purut (dihiris)
- 2 batang kacang panjang (ditumbuk)
Bahan hiasan:
Langkah-langkah penyediaan:
- Campurkan bahan A dan bahan B, gaul hingga rata.
- Susun ikan goreng dalam pinggan.
- Tuangkan kerabu mangga di atas ikan.
- Hias dengan ikan bilis goreng dan kacang yang telah ditumbuk.
- Sedia untuk dihidangkan!
Sumber: Noor Khadijah
Baca juga: Ikan Bawal Masak Sos Tiram Lada Hitam, Kelezatannya Setara Masakan Ibu