Jika anda menyukai pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan, kami syorkan anda mencuba resipi Puding Bandung Cincau yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga tercinta di rumah.
Puding Bandung Cincau adalah pencuci mulut berasaskan agar-agar yang diilhamkan daripada minuman terkenal iaitu bandung cincau, yang merupakan gabungan air sirap, susu, dan cincau.
Resipi Puding Bandung Cincau ini dikongsi oleh Hamisah Harun Mie Sha di Facebook dan bukan sahaja menjimatkan waktu, tetapi bahan-bahannya juga ringkas dan mudah diperoleh.
Baca juga: Air Bandung Soda Dengan 3 Bahan, Resipi Paling Mudah Untuk Dihasilkan di Rumah!
RESEPI PUDING BANDUNG CINCAU
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat:
1. Gunakan plastik pembalut agar-agar tali sebagai penanda sukatan air. Satu bungkus agar-agar = satu bungkus penuh air (tips untuk memastikan puding tidak terlalu keras atau lembik).
2. Masak di atas api sederhana sehingga agar-agar hancur sepenuhnya. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari melekat di dasar periuk.
3. Untuk rasa yang lebih enak, masukkan satu tin aiskrim soda semasa agar-agar masih dalam keadaan cair, syaratnya kurangkan sukatan air mengikut sukatan aiskrim soda.
4. Setelah agar-agar hancur, tambahkan pekatan sirap (tanpa gula) secukupnya sehingga mendapatkan warna merah jambu lembut, seperti air bandung. Biarkan mendidih seketika.
5. Perlahankan api dan masukkan satu tin susu pekat atau ikut tahap kemanisan yang diingini.
6. Apabila adunan sudah mendidih dan sebati, matikan api dan biarkan ia suam terlebih dahulu.
7. Setelah adunan suam, masukkan cincau yang telah dipotong kecil. Anda juga boleh meletakkan cincau dalam acuan terlebih dahulu sebelum menuang adunan agar-agar ke atasnya.
8. Gunakan loyang besar atau acuan kecil mengikut kreativiti anda. Biarkan sejuk dan mengeras pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Hamisah Harun Mie Sha
Baca juga: Agar Agar Bandung Dengan 5 Bahan, Hidangan Sejuk Yang Penuh Nikmat