Resepi puding buah dengan kuah kastard ini bukan sahaja enak, tetapi juga mudah untuk disediakan. Sangat sesuai sebagai hidangan pencuci mulut untuk pertemuan petang bersama keluarga.
Lebih menggoda apabila dinikmati dalam keadaan sejuk dengan buah-buahan pilihan anda. Memang berbaloi dan tidak rugi jika disediakan sendiri di rumah!
Baca juga: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Tambah Pelbagai Isian Sedap!
RESEPI PUDING BUAH KUAH KASTARD
Bahan-bahan puding:
- 1 tin susu cair
- 1½ cawan susu penuh krim
- ½ cawan air
- ⅓ cawan gula (tambahkan jika ingin lebih manis)
- ½ cawan tepung kastard
- Secubit garam
Cara untuk membuat puding:
- Ambil sebuah periuk. Masukkan susu cair, susu penuh krim, air, gula, tepung kastard dan secubit garam.
- Masak di atas api sederhana sehingga campuran pekat.
- Biarkan sejuk seketika, kemudian tuangkan ke dalam bekas.
- Biarkan puding menjadi keras pada suhu bilik atau simpan dalam peti sejuk (chiller).
- Resipi ini dapat menghasilkan 7 hingga 8 bekas bersaiz 250ml (kira-kira 100 gram setiap bekas).
Bahan-bahan kuah kastard:
- 250ml air
- ½ cawan susu cair
- ½ cawan krim pembuatan atau susu penuh krim
- 1 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
- Secubit garam
Cara untuk membuat kuah kastard:
- Dalam periuk, masukkan air, susu cair, krim pembuatan (atau susu penuh krim), tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air dan garam.
- Masak di atas api sehingga kuah mendidih dan bergelembung.
- Matikan api dan biarkan sejuk seketika.
Cara penyajian:
- Aturkan buah-buahan pilihan di atas puding yang sudah mengeras.
- Akhir sekali, tuangkan kuah kastard ke atas puding dan buah-buahan.
- Sejukkan sebelum dinikmati atau boleh terus disajikan.
Sumber: Dea Noorfaizura
Baca juga: Cara Buat Puding Aiskrim Mudah Dengan 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!