Puding Keju Strawberi Leleh: Manisnya Tanpa Rasa Muak!


resepi puding strawberry

Seorang penjual kek bernama Puan Azlina Ina telah berkongsi resepi puding strawberry cheese leleh hasil daripada penjualannya. Menurut beliau, penutup mulut ini merupakan salah satu dessert yang paling popular.

Tidak hanya itu, beliau juga berbesar hati untuk kongsi resipi lengkap untuk sesiapa yang ingin mencubanya sendiri di rumah. Jika anda berminat untuk mencuba sendiri, boleh lihat resipi penuh di bawah ini.

Sumber: Resipi Puding Seringgit Guna Modal Bajet, Boleh Letak Aneka Filling Sedap!

RESEPI PUDING STRAWBERRY CHEESE LELEH

resepi puding strawberry

Bahan-bahan kek:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perasa strawberi (strawberry paste)
  • ½ sudu besar pewarna merah jambu (pink)
  • ¼ cawan susu strawberi Dutch Lady
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung naik sendiri (self-rising flour)

Cara buat kek:

  1. Pukul telur, gula, perasa strawberi, pewarna, susu strawberi, dan ovalette sehingga ia kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung naik sendiri dan campurkan hingga rata.
  3. Tambah ½ cawan minyak jagung, dan kacau rata.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas bersaiz 450 ml (square 450), dan kukus selama 10 minit.

Bahan-bahan krim keju (cheese leleh):

  • 500g krim keju (cream cheese)
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 cawan krim putar tenusu (whipping dairy)
  • 1 cawan susu penuh krim (full cream milk) – tambah sedikit lagi jika adunan terlalu pekat semasa dikisar

Cara buat krim keju:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus dan sebati.
  2. Pecahkan adunan kepada dua bahagian:
  3. Bahagian pertama dibiarkan kosong (plain) manakala bahagian kedua dicampur dengan 1 sudu besar pes strawberi dan 3 sudu besar strawberi filling with fruit. Kacau hingga rata.

Cara penyusunan dan hiasan:

  1. Tuangkan dulu lapisan krim strawberi (warna merah jambu) ke atas kek yang sudah dikukus.
  2. Setelah itu, tuangkan lapisan krim putih di atasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk (bekukan) selama 1 jam.

Untuk lapisan atas:

  • 2-3 cawan strawberry filling with fruit
  • 1-2 sudu kecil gelatin + sedikit air panas (kacau hingga larut)

Cara-cara:

  1. Campurkan gelatin yang telah dilarutkan ke dalam strawberry filling.
  2. Tuang campuran ini ke atas lapisan krim yang sudah disejukkan.
  3. Hias dengan buah strawberi dari filling tersebut di bahagian atas.
  4. Bekukan sekali lagi sebelum sedia untuk dinikmati atau dijual.

Baca juga: Azlina Ina Fans

Sumber: Cara Buat Puding Aiskrim Simple Guna 2 Bahan, Sedapnya Cair Di Mulut!



Source link

Scroll to Top