Resipi puding mangga ini benar-benar lezat dan ‘penuh’ dengan buah mangga. Memang tidak kedekut sedikit pun!
Anda pasti akan berpuas hati setelah merasai puding mangga yang lembut dan kaya dengan cita rasa buah mangga ini. Jom, mari kita cuba!
Baca juga: Cara Menyediakan Puding Kastard Jagung, Tambah ‘Bahan Ini’ Jika Inginkan Lebih Lemak
RESEPI PUDING MANGGA
Bahan-bahan:
- 1 paket agar-agar tali (dibahagikan kepada 3 bahagian)
- 600 g mangga (dihiris kecil, dibahagikan kepada 2)
- 200 ml whipping cream
- 200 ml susu cair
- 2 sudu kordial mangga (atau alternatifnya, guna essence mangga)
- 2 sudu essence vanila
- Gula secukup rasa (saya biasa menggunakan sedikit gula, tanpa sukatan tepat kerana lebih suka kurang manis; lihat cara penyediaan)
- 1100 ml air kosong (jumlah air termasuk susu dan whipping cream mesti berjumlah 1500 ml)
- Secubit garam
Cara membuat lapisan mangga:
- Hiris mangga menjadi dadu dan susun dengan rapi dalam bekas. Pastikan jumlah cecair adalah 500 ml.
- Didihkan 1/3 agar-agar tali dengan 500 ml air sehingga agar-agar larut, kemudian matikan api.
- Tambahkan gula (anggaran 4 sudu makan; boleh ditambah jika mahu lebih manis) dan kordial mangga. Tunggu hingga suam sebelum menuangkan ke dalam bekas yang mengandungi mangga. Elakkan daripada menuang ketika masih panas untuk mencegah mangga menjadi lebam.
- Pastikan cecair ditapis sebelum dituangkan. Setelah selesai, sejukkan di bawah kipas sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Lapisan susu:
- Didihkan baki 2/3 agar-agar dengan 600 ml air sehingga larut.
- Setelah agar-agar larut, masukkan gula (anggaran 6 sudu makan) dan kacau hingga rata.
- Masukkan whipping cream dan susu cair, kacau perlahan bagi mengelakkan buih.
- Rasa dan jika kurang manis, tambah lagi gula. Pastikan ia sedikit manis kerana rasa manis akan berkurang setelah disejukkan.
- Setelah suam, tambahkan essence vanila dan garam, tapis dan tuangkan perlahan ke dalam acuan.
Nota:
- Saya menghasilkan 2 acuan berukuran 6×6 inci dengan tinggi 3 inci.
- Untuk mencapai ketinggian puding yang sama, pastikan sukatan cecair adalah sama.
- Saya menggunakan satu biji mangga besar (berat 700 g), dibelah dua untuk dua acuan. Jika menggunakan mangga kecil, anggaran satu biji sudah mencukupi.
- Biarkan puding betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Kredit: Nuraini Whd Mua
Baca juga: Puding Karamel Pandan Yang Lembut & Wangi, Resipi Mudah Tanpa Telur