Pantang lihat puding menggoda di media sosial, pasti mengundang rasa ingin. Tak perlu membeli di luar, anda mampu mencipta sendiri pencuci mulut ini dengan resipi Puding Roti Kastard yang ringkas.
Selain dihasilkan dalam bentuk kuah kastard, Puding Roti Kastard juga boleh disediakan tanpa kuah, dengan cara merehatkan adunan kastard bersama roti dalam peti sejuk.
Resipi Puding Roti Kastard yang dikongsikan oleh adikfoods melalui video di TikTok ini sangat mudah untuk dilakukan tanpa perlu menggunakan teknik kukus atau bakar. Ayo, kita cuba!
Jangan lupa baca: Puding Roti Marble Yang Digemari Oleh Mak-Mak Sekarang, Tak Perlu Kukus!
RESEPI PUDING ROTI KASTARD
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama sekali, gabungkan gula dengan serbuk agar-agar dan serbuk jeli, kemudian kacau hingga sebati.
2. Seterusnya, masukkan tepung kastard, tepung jagung, garam, susu pekat, whipping cream, air dan esen vanila, lalu aduk sehingga rata.
3. Masak campuran ini di atas api sederhana sehingga pekat dan timbul gelembung kecil.
4. Pilih roti Gardenia toast’em choco perfecto yang dipenuhi dengan taburan cip coklat dan potong bahagian tepinya.
5. Seterusnya, oleskan minyak pada loyang dan lapikkan dengan kertas pembakar.
6. Kemudian, susunkan 4 keping roti secara seragam di tengah loyang.
7. Selepas itu, tuangkan adunan kastard sebagai lapisan pertama dan goyang-goyangkan agar rata.
8. Setelah kastard menjadi separuh keras, ulangi langkah 6 dan 7 untuk membina lapisan kedua hingga keempat.
9. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 4 jam.
10. Akhir sekali, keluarkan dari loyang, taburkan dengan kelapa parut kering dan sedia untuk dipotong.
Kami yakin anda akan terpesona dengan hasil dari resipi Puding Roti Kastard yang sangat manis serta kejadiannya yang sangat menarik.
Selamat mencuba!
Sumber: adikfoods
Jangan terlepas: Puding Roti Kastard Yang Meleleh Dan Cair Di Mulut, Sekali Rasa Mesti Mahu Lagi