Siapa kata nak menikmati pulut mesti ada pengukus? Kadang-kadang kita berkeinginan untuk mencuba pulut durian tetapi tidak memiliki pengukus, malas untuk mengeluarkan banyak periuk atau sekadar ingin membuat dalam kuantiti kecil. Walaupun dikukus, kadang-kadang hasilnya tidak memuaskan. Pulut keras, melekat ataupun masak tidak sekata.
Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah dan cepat untuk memasak pulut dengan menggunakan periuk biasa di atas dapur gas sahaja! Tak perlu kukus dan tidak perlu banyak langkah. Hasilnya tetap lembut, wangi dan yang paling penting, tidak berkerak!
Teknik ini sangat sesuai untuk individu bujang, ibu-ibu yang sibuk, ataupun sesiapa sahaja yang ingin menjimatkan masa tetapi tetap mahukan hidangan yang sedap. Hanya dengan beberapa bahan asas, cara ini pasti berhasil walaupun menggunakan langkah paling ringkas.
Baca juga: Kuih Pulut Sekaya ‘Lejen’, Resipi Kuno Ini Ada Petua Bagi Berlemak Elok
CARA MEMASAK PULUT TANPA KUKUS
Bahan-bahan:
- 1 cawan beras pulut (boleh gandakan mengikut sukatan yang diinginkan)
- Air secukupnya (cukuplah untuk menenggelamkan beras pulut)
- Sedikit garam (jika gemar)
- Daun pandan (untuk aroma)
Langkah-langkah:
- Rendam beras pulut selama 20-30 minit.
- Bilas hingga bersih selepas direndam. Toskan air rendaman tersebut.
- Masukkan beras pulut ke dalam periuk biasa. Tambahkan air secukupnya untuk menenggelamkan pulut.
- Jika ingin, boleh masukkan sedikit garam dan sehelai daun pandan untuk menambah aroma.
- Masak dengan api perlahan, kacau sekali-sekala bagi mengelakkan bahagian bawah hangus.
- Apabila air hampir kering, kacau perlahan-lahan dan tutup periuk seketika agar wap dapat memasak pulut sepenuhnya.
- Siap! Pulut akan masak dengan sekata, lembut dan tanpa berkerak.
Sumber: Siti Norbaizura
Baca juga: Cara Memasak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Hanya Menggunakan Periuk Nasi!