Apabila kita menyebut kuih sagu gula melaka, pasti ramai yang terbayangkan pencuci mulut tradisional yang manis berlemak dengan aroma gula melaka dan daun pandan. Kali ini, mari kita cuba versi yang lebih unik iaitu kuih sagu gula melaka berwarna ungu.
Selain enak, kuih ini juga kelihatan menarik apabila dihidangkan kerana warna ungu yang dihasilkan dari gabungan pewarna merah jambu dan biru. Ia sangat sesuai untuk dijadikan hidangan dalam majlis atau pencuci mulut pada hujung minggu bersama keluarga.
Baca juga: Cara Memasak Sagu Menggunakan Rice Cooker, Tanpa Perlu Kacau & Tanpa Risau Hangit!
RESEPI KUIH SAGU GULA MELAKA UNGGU
Bahan sagu:
- 2 cawan sagu
- 6 cawan air
- Pewarna makanan (gabungan merah jambu & biru untuk menghasilkan warna ungu)
Bahan kuah:
Cara memasak sagu ungu:
- Cuci sagu sehingga bersih, kemudian rendam dengan campuran pewarna merah jambu & biru (sehingga menjadi ungu) selama lebih kurang 30 minit. Toskan.
- Didihkan 6 cawan air dalam periuk.
- Masukkan sagu yang telah direndam ke dalam air yang sedang mendidih.
- Kacau sentiasa hingga sagu masak rata dan tiada lagi biji putih.
- Angkat dan ketepikan.
Cara memasak kuah gula melaka:
- Dalam periuk lain, masukkan air, gula melaka dan daun pandan.
- Masak hingga gula melaka larut sepenuhnya. Sejukkan.
Cara menyajikan:
- Tuang kuah gula melaka ke dalam gelas atau acuan.
- Masukkan sagu ungu yang telah dimasak.
- Tuangkan susu cair di atasnya.
- Siap untuk dinikmati dalam keadaan sejuk.
Sumber: Raja Amanina
Baca juga: Cara Memasak Sagu Agar Tidak Berketul, Ikuti Cara Ini Boleh Tahan 2 Minggu Dalam Peti Sejuk