Rahasia Lezat Payasam: Resipi Asli Manis dari Tanah India


cara buat payasam

Pencinta masakan India pastinya akan tertarik untuk mencuba cara membuat Payasam, bubur manis India yang terkenal dengan kelezatannya yang sukar diungkapkan. Sekali rasa, pasti ingin lagi.

Istilah Payasam berasal dari bahasa Sanskrit, iaitu Payasa yang bermaksud susu. Selain dikenali sebagai Payasam, ia juga memiliki nama lain seperti Payesh, Payasa, Phirni dan Kheer di kalangan masyarakat India.

Cara membuat Payasam yang dikongsikan oleh Kalai Theivanai di Facebook ini sangat menarik kerana ia merupakan resipi autentik dari orang India sendiri. Jom kita mencuba!

Baca juga: Ayam Masala Dengan Rasa Rempah, Memang Sesuai Dengan Selera!

CARA MEMBUAT PAYASAM (BUBUR MANIS INDIA)

cara buat payasam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • ½ cawan kacang kuda atau gram dal atau kadalai parappu
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 sudu makan buah pelaga (buang kulit dan tumbuk halus bijinya)
  • ½ cawan sagu (cuci dan toskan airnya)
  • 1 cawan semiya atau vermicelli
  • Secubit garam
  • Gula (ikut kehendak rasa manis)
  • 2 titis pewarna kuning
  • Gajus dan kismis
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • 2 cawan air panas

Langkah-langkah untuk membuat payasam:

1. Mula-mula, rendam kacang kuda untuk 1 hingga 2 jam. Masak dalam air dengan secubit garam. Setelah mendidih, angkat dari api.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi, kemudian goreng gajus dan pindahkan ke dalam pinggan.

3. Selepas itu, goreng kismis dan pindahkan ke dalam pinggan.

4. Selanjutnya, goreng semiya pula.

5. Setelah semiya sedikit perang, campurkan semiya dan minyak sapi ke dalam periuk kacang kuda yang telah dimasak.

cara buat payasam

6. Kemudian, letakkan periuk kacang kuda ke atas dapur dan masak selama satu minit.

7. Selanjutnya, masukkan sago dan gaul dengan baik (pastikan api sedang).

8. Setelah itu, masukkan susu pekat (jika ingin lebih manis, tambahkan gula) bersama air panas dan kacau setiap 2 minit.

9. Tambahkan gajus, kismis yang telah digoreng dan pewarna kuning, lalu masak hingga semiya lembut dan sagu kelihatan jernih (jika payasam pekat, boleh tambahkan lebih air panas).

10. Akhir sekali, masukkan biji buah pelaga yang ditumbuk halus, kemudian matikan api dan tutup periuk. Biarkan selama 10 hingga 20 minit. Sedia untuk dihidangkan!

Jika anda belum pernah mencuba, kami syorkan anda mencuba cara membuat Payasam ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana sukar untuk mendapatkan pencuci mulut yang terkenal di kalangan masyarakat India ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Kalai Theivanai

Baca juga: Cara Membuat Roti Puri Tanpa Menggunakan Yis, Walau Sejuk Pun Tetap Kembang Elok



Sumber pautan

Scroll to Top