Mulai hari ini, MyResipi akan berkongsi beberapa sajian hari raya dalam Resipi Campak-Campak dan di antaranya adalah kaedah memasak lemang segera di rumah yang sangat mudah.
Lemang merupakan hidangan klasik Melayu yang terkenal dengan konsistensi lembut dan kenyal. Lazimnya, ia disediakan menggunakan beras pulut yang dimasak di dalam buluh bersama santan.
Di era moden ini, ramai lebih memilih untuk menggunakan lemang segera terutama bagi mereka yang tinggal di bandar kerana proses penyediaan yang lebih praktikal dan pantas. Ayo kita coba!
Baca juga: Resepi Laksa Mudah Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Nikmati!
KAEDAH MEMASAK LEMANG SEGERA
Bahan-bahan:
- 5 bungkusan lemang segera
- 1 mangkuk serbuk santan
- 2 liter air
Langkah-langkah memasak:
1. Pertama sekali, masukkan 2 liter air ke dalam periuk (anda boleh menggunakan periuk biasa jika tiada periuk nasi).
2. Kemudian, biarkan air mendidih di dalam periuk untuk seketika.
3. Setelah mendidih, tambahkan 1 mangkuk serbuk santan ke dalam periuk agar lemang lebih cepat masak.
4. Selanjutnya, masukkan 5 bungkusan lemang segera (boleh ditemui di mana-mana pasar raya).
5. Tutup periuk dan biarkan ia masak selama 45 minit.
6. Terakhir, angkat dan potong lemang. Siap untuk dinikmati!
Kaedah memasak lemang segera ini sangat mudah dengan bahan yang senang diperoleh. Dalam waktu yang singkat, anda boleh menikmati lemang yang lembut dan sedap di rumah.
Video penuh:
@myresipi Resipi Campak Campak Raya 1 | Lemang Segera Bahan: 5 bungkusan lemang segera 1 mangkuk serbuk santan 2 liter air #myresipi #resipicampakcampak #indahkanmemori #ramadan2025 #menuraya #lemang #lemangsegera #masukberandamuu #masukberanda #fypシ゚ #fyp ♬ bunyi asal – MyResipi
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Baca juga: Nasi Ayam Sedap Mudah, Kaedah Memasak Ringkas Tapi Confirm Hasil Menjadi