Jika anda gemar memasak dengan sayur tauge, pastinya pernah mengalami situasi di mana selepas membeli tauge segar di pasar, terlupa pula untuk menyimpannya di peti sejuk. Apabila baru teringat, tauge tersebut telah berubah lebam dan gelap.
Tetapi jangan tergesa-gesa untuk membuangnya! Sebenarnya terdapat satu petua mudah yang dapat menyelamatkan tauge yang kelihatan rosak ini. Anda hanya memerlukan bahan dapur yang kerap terdapat di rumah, iaitu asam keping.
Baca juga: Cara Simpan Kunyit Hidup Agar Tahan Lama & Tak Kecut, Berbulan Pun Masih Elok!
PETUA MUDAH UNTUK SEGARKAN SAYUR TAUGE YANG LEBAM & HITAM
Petua untuk segarkan tauge yang gelap dan lebam:
- Ambil tauge yang telah menjadi lebam atau nampak gelap.
- Sediakan satu bekas berisi air bersih.
- Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam air tersebut (2 hingga 3 keping sudah mencukupi).
- Rendamkan tauge dalam campuran air dan asam keping itu selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.
- Perhatikan perubahan warna tauge dalam beberapa minit, ia akan kembali putih berseri dan segar.
- Toskan dan bolehlah dimasak seperti biasa.
Petua ini bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran. Sayur yang kita sangka sudah tidak boleh digunakan sebenarnya masih boleh diselamatkan dengan teknik yang betul. Malah, hasilnya juga tetap rangup ketika dimasak.
Jadi selepas ini, jika tauge anda kelihatan ‘lemau’ atau sedikit gelap, jangan panik. Cubalah petua ini. Barulah rasa berbaloi untuk membeli banyak sayur tauge apabila anda tahu cara untuk menyegarkannya kembali!
Sumber: Cahaya Ara Ixora
Baca juga: Petua Isi Kerang ‘Frozen’ Kembali Segar, Rasa Macam Baru Beli Dari Pasar!