Batang saderi kerap digunakan untuk memasak sup, salad, atau jus. Namun, masalah utamanya, sayur ini mudah layu dan lembik jika tidak disimpan dengan cara yang betul. Sayang sekali jika membeli banyak, tetapi tidak sempat digunakan kerana sudah rosak.
Sebenarnya, saderi dapat bertahan segar dalam tempoh yang lama jika kita mengetahui teknik penyimpanannya yang tepat. Ia sebenarnya tidak sukar, ada beberapa cara mudah yang boleh dicuba.
Dengan cara ini, batang saderi akan terus segar dan rangup walaupun berada berhari-hari dalam peti sejuk. Jadi, apabila terasa ingin memasak sup atau menyediakan jus, anda boleh terus mengambilnya dari peti.
Baca juga: Tip Menanam Kesum Dalam Balang, Tak Sangka Tetap Boleh Hidup Subur & Merimbun!
CARA MENYIMPAN BATANG SADERI AGAR TAHAN LAMA DAN SEGAR
1. Balut Dengan Aluminium Foil
Ini adalah cara paling popular dan efektif. Cuci batang saderi hingga bersih, keringkan, lalu balut rapat dengan aluminium foil. Simpan dalam bahagian chiller peti sejuk. Metode ini membantu mengeluarkan gas semulajadi dari saderi tanpa mempercepatkan kerosakannya.
2. Rendam Dalam Bekas Berisi Air
Potong batang saderi kepada saiz yang sesuai, masukkan dalam bekas berisi air dan tutup dengan rapat. Simpan dalam peti sejuk. Cara ini membolehkan saderi kekal rangup lebih lama. Namun, pastikan untuk menukar air setiap 2 hingga 3 hari untuk mengelakkan bau.
3. Simpan Dalam Bekas Bertutup
Jika inginkan cara paling mudah, anda juga boleh memotong batang saderi, dan masukkan ke dalam bekas bertutup kedap udara. Untuk lebih kesegaran, lapik dasar bekas dengan tisu dapur bagi menyerap kelembapan yang berlebihan.
Tip tambahan:
- Elakkan menyimpan saderi dalam plastik biasa kerana ia mudah menjerat gas dan mempercepatkan kerosakan sayur.
- Hindari meletakkan saderi berhampiran dengan buah epal atau pisang, kerana buah ini menghasilkan gas etilena yang mempercepatkan proses layu.
- Jika saderi sudah lembik, rendam seketika dalam air sejuk untuk mengembalikan kerangupannya.
Sumber: Martha Stewart
Baca juga: Cara Menyimpan Bawang Kupas Dengan Betul, Agar Tetap Segar & Tidak Lembik Walau Disimpan Lama