Rahasia Menyimpan Daging Korban: Persiapan Penting Sebelum Masukkan ke Dalam Freezer!


cara simpan daging

Musim ibadah korban tiba kembali, tentunya ramai yang menerima bahagian daging korban untuk tahun ini. Namun, mungkin masih banyak yang belum memahami cara menyimpan daging korban dengan baik.

Sebenarnya, menyimpan terus dalam peti sejuk tanpa melakukan persiapan yang benar dapat membuat daging cepat rosak. Oleh itu, anda perlu mengikuti cara simpan daging korban di bawah ini agar tetap tahan lama.

Baca juga: Panduan Lembutkan Daging Menggunakan Kurma, Dalam Masa 30 Minit Sudah Lembut Elok!

CARA SIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

cara simpan daging

1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan.

Jika mencuci menggunakan air paip, kuman-kuman dapat masuk dan menetap di dalam daging. Ini akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dilakukan apabila daging itu hendak dimasak.

2. Jangan simpan daging dalam jumlah yang banyak di dalam ruang sejuk beku (freezer).

Jika menerima daging dalam kuantiti banyak, jangan simpan keseluruhan 2 hingga 4 kg di dalam freezer. Cara yang tepat adalah dengan memotong daging kepada bahagian lebih kecil, kemudian simpan dalam plastik berukuran ½kg atau 1 kg.

Jika hendak memasak, ambil satu plastik kecil sahaja, biarkan yang lain tetap membeku di dalam freezer.

3. Jangan terus simpan daging di dalam ruang sejuk beku (freezer).

cara simpan daging

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4 hingga 5 jam. Setelah daging sejuk, barulah ia dimasukkan ke dalam bahagian sejuk beku atau freezer.

4. Jangan cairkan daging beku dengan menggunakan air panas.

Jika hendak memasak daging beku, elakkan mencairkan daging beku dengan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus kemas dalam plastik).

Setelah daging kembali lembut, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan daging sedia untuk dimasak.

5. Jangan gunakan plastik berwarna hitam untuk membungkus daging.

Elakkan menggunakan plastik berwarna hitam kerana plastik tersebut mungkin berasal dari kitar semula. Ia mengandungi bahan karsinogen yang boleh memicu sel kanser. Gunakan plastik berwarna putih atau plastik lutsinar tertutup (sealed transparent plastic).

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fadhlee Fitri Abu Bakar

Baca juga: Cara Betul Simpan Serai Supaya Tak Kecut, Tetap Segar & Cantik Seperti Baru Petik!



Source link

Scroll to Top