Ramai di antara kita yang gemar memasak pernah merasa kecewa apabila daun masakan cepat layu dalam peti sejuk. Kini, mari kita pelajari cara menyimpan daun masakan agar tetap segar dan bertahan lama.
Untuk menghindari pembaziran bahan segar seperti daun kari, daun kesum, limau purut dan serai, anda dapat menerapkan teknik freeze drying (pengeringan sejuk) yang dikongsikan oleh Mohd Salleh Mazukhi di Facebook ini.
Dengan teknik ini, daun akan menjadi kering namun tetap mempertahankan warna hijau dan aromanya yang kuat. Kaedah ini biasanya digunakan dalam industri besar, tetapi menariknya, ia juga boleh dilakukan menggunakan peti sejuk di rumah.
Baca juga: 10 Jenis Daun Untuk Masakan Lebih Beraroma, Kena Kenal Sebelum Kahwin!
CARA SIMPAN DAUN MASAKAN MENGGUNAKAN TEKNIK PENGERINGAN SEJUK
1. Ambil daun-daun fresh seperti daun kari, daun kesum, daun limau purut atau jenis daun lain yang biasa digunakan dalam masakan. Pisahkan daripada batang dan bersihkan.
2. Masukkan daun-daun ini ke dalam bekas plastik atau tupperware. Elakkan menjejalkan. Biarkan longgar agar udara dapat mengalir. Jangan tutup bekas tersebut.
3. Letakkan bekas ini di dalam peti sejuk biasa (bahagian bawah, tempat simpan sayur). Biarkan selama seminggu. Dalam tempoh ini, kelembapan dalam daun akan berkurangan secara perlahan dan daun akan menjadi kering tetapi masih mengekalkan warna hijau.
Hasil daripada cara menyimpan daun masakan ini, daun akan menjadi kering tetapi warna tetap cantik, tidak seperti yang dijemur. Apabila sudah kering sepenuhnya, simpan dalam balang yang tertutup.
Apabila ingin menggunakan daun tersebut, ambil sedikit demi sedikit dan yang lain masih berkekalan lama. Oleh itu, ia boleh disimpan di luar atau dalam peti sejuk kerana ia mampu bertahan sehingga berbulan-bulan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Mohd Salleh Mazukhi
Baca juga: Lelaki Ini Dedah Cara Simpan Halia Tanpa Peti Sejuk, Segar Berminggu-Minggu Macam Baru Beli!