Puding jagung kastard ini begitu manis dan berkrim. Sesuai disajikan sebagai kuih atau pencuci mulut untuk minum petang. Metode pembuatan puding jagung kastard ini juga amat mudah dan praktis.
Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat ringkas. Anda hanya memerlukan beberapa bahan sederhana yang mungkin sudah tersedia di rumah, dan dalam sekejap, puding jagung yang enak ini boleh siap!
Rasa puding jagung kastard ini pasti akan menggoda hati seisi keluarga. Dengan gabungan manis dan berkrim, setiap suapan akan membuatkan anda ingin lebih. Makan satu pasti tidak mencukupi!
Baca juga: Tips Menyimpan Jagung agar Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!
CARA MEMBUAT PUDING JAGUNG KASTARD
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung kastard
- 3 cawan air (saya menggunakan air masak)
- 1 cawan susu segar (tiada masalah dengan jenama, jika ingin berlemak guna susu full cream)
- 2 sudu gula
- ¾ cawan susu pekat manis (kurangkan kepada 3 sudu jika ingin kurang manis, tetapi yang mahu manis boleh ikut sukatan tersebut)
- ½ cawan santan (boleh ditambah sedikit jika ingin lebih berkrim)
- ½ sudu teh garam
- ½ tin jagung (saya menggunakan 1 tin terus, lagi memuaskan)
- Pewarna kuning (jika ingin menambah warna puding)
- Esen vanila (jika tidak ingin letak pun boleh)
Cara-cara:
- Gabungkan semua bahan dalam satu kuali dan aduk hingga sebati.
- Masak dengan api kecil sehingga pekat, kacau sehingga terdapat buih-buih kecil.
- Tuang ke dalam bekas acuan dan sejukkan sedikit.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
- Siap untuk dihidangkan!
Kredit resipi dan gambar: Siti Aishah Jai
Baca juga: Guna 3 Jenis TEPUNG Ini, Kuih Kaswi Jagung Akan Menjadi Lembut Elok & Menggoda!