Tak kira sama ada majlis doa selamat, ulang tahun atau sekadar jamuan kecil, pulut kuning sememangnya sentiasa menjadi pilihan. Untuk memastikan pulut kuning tahan lama dan tidak mudah rosak, terdapat beberapa langkah penting yang perlu anda ambil perhatian.
Salah satu cabaran utama dalam penyediaan pulut kuning adalah ia cepat basi jika tidak dimasak dengan cara yang betul. Oleh itu, adalah penting untuk anda memahami tips penyediaan pulut kuning yang betul.
Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa tips dan petua yang dapat membantu pulut kuning tahan lama dan tidak cepat basi. Selain itu, hasilnya akan kekal berkilau dan lembut untuk dimakan.
Baca juga: Cara Masak Pulut Dengan Periuk Nasi, Tanpa Santan Pun Sedap!
TIPS MASAK PULUT KUNING TAHAN LAMA
Kaedah rendam beras pulut:
1. Rendam beras pulut dengan air sejuk.
2. Tambahkan 2 atau 3 biji garam kasar.
3. Sertakan asam keping bersamanya beras pulut.
4. Rendam sekurang-kurangnya 6 jam.
5. Pastikan beras dibilas hingga air keruh hilang sebelum direndam. Bilas hingga air menjadi jernih, sebelum mula merendam.
6. Wuaktu merendam, tambahkan 2 sudu serbuk kunyit.
Kaedah kukus beras pulut:
1. Kukusan pertama.
Beras pulut dicampurkan dengan sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air kukusan.
Pastikan air di dalam kukusan mendidih dengan betul sebelum meletakkan pengukus beras pulut. Tambahkan 3 atau 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan supaya wapnya naik ke permukaan.
3. Semasa proses mengukus.
Pada langkah kukusan pertama, kukus selama 10 minit. Rehatkan seketika sebelum meneruskan dengan kukusan kedua.
Pada langkah kukusan kedua, kukus selama 20 minit. Campurkan pulut dengan ½ cawan minyak atau marjerin, pewarna kuning telur, 200ml santan, 2 cawan air dan 1 sudu kecil garam.
4. Beras pulut nampak berkilau.
Menyertakan sedikit minyak atau marjerin akan menjadikan pulut kuning lebih berkilau. Tambah sedikit pewarna kuning telur untuk menambah seri pulut tersebut.
Pulut kuning akan tampak berbiji-biji ketika dihias, namun tidak perlu bimbang. Walaupun pulut kuning kelihatan berbiji, teksturnya sangat lembut dan tahan lama.
Semoga tips ini bermanfaat!
Sumber: Maz Samad
Baca juga: Cara Masak Pulut Kuning Tanpa Kukus, Lebih Mudah Guna Periuk Nasi Saja!