Kacang tanah goreng merupakan sajian ringan yang disukai oleh ramai orang. Sama ada dinikmati sendirian, ditabur ke dalam nasi lemak, atau digunakan sebagai bahan tambahan dalam sambal.
Namun, tidak sedikit yang mengalami masalah kacang menjadi cepat lembik, tidak rangup, atau kehilangan aroma lemak kacang yang sedap.
Sebenarnya, terdapat metode mudah yang boleh kita ikuti agar kacang tanah goreng tahan lebih lama, kekal rangup dan baunya harum semerbak.
Di bawah ialah teknik menggoreng kacang tanah yang betul, termasuk satu rahsia yang jarang diketahui, iaitu pemakaian bawang putih semasa proses menggoreng.
Baca juga: Jenis Kacang Yang Sesuai Dijadikan Jajan, Baru Lagi Sihat & Banyak Khasiat!
CARA GORENG KACANG TANAH AGAR TAHAN LAMA, RANGUP DAN WANGI
Bahan-bahan:
- Kacang tanah (dengan kulit atau tanpanya)
- Beberapa ulas bawang putih (diketuk tanpa perlu membuang kulit)
- Minyak masak secukupnya
Langkah-langkah:
1. Cuci kacang tanah dan toskan jika sudah dicuci. Diketuk bawang putih, biarkan kulitnya dan sedia untuk digoreng bersama kacang.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Jangan gunakan api besar kerana kacang mudah terbakar dan akan menjadi pahit.
3. Masukkan kacang ke dalam minyak panas bersama bawang putih yang telah diketuk.
4. Kacau kacang secara perlahan dan berterusan agar ia masak secara sekata dan tidak hangus di bahagian bawah. Warna keemasan keperangan menandakan kacang sudah masak dengan cukup.
5. Apabila kacang telah berubah warna keemasan, cepat-cepat angkat dan toskan minyak menggunakan penapis atau lapik tisu dapur.
6. Biarkan kacang sejuk sepenuhnya sebelum disimpan. Pada waktu ini kacang akan menjadi lebih rangup. Jangan tutup atau simpan semasa masih panas kerana wap akan menyebabkan ia lembik.
7. Setelah kacang sejuk, simpan dalam bekas atau balang yang ditutup rapat untuk mengekalkan kerangupan dan ketahanannya lebih lama.
Sumber: Nur Nadia Husna Arshad
Baca juga: Resipi Kacang Kuda Sambal Yang Bikin Ketagih, Sedap Makan Sambil Layan Movie