Tiada yang lebih menjengkelkan daripada kehadiran pengunjung tidak diundang seperti lalat dan lipas di dapur atau bilik air. Oleh itu, anda perlu gunakan petua halau lalat dan lipas tersebut.
Saat sedang menyelesaikan penyediaan makanan, tiba-tiba lalat muncul menari-nari. Dan pada tengah malam, lipas muncul dari celah-celah yang tidak diketahui. Siapa yang tidak stres jika terpaksa menghadapi situasi sebegini setiap hari, bukan?
Jika anda sudah jemu menyembur racun yang bau kuat dan tidak tahan lama, apa kata cuba petua halau lalat dan lipas yang mudah serta semula jadi ini.
Baca juga: 6 Kegunaan Bawang Putih Untuk Halau Haiwan Perosak Di Rumah, Gerenti Tak Berani Dekat!
PETUA HALAU LALAT DAN LIPAS
Bahan-bahan:
- 1 mangkuk kecil
- ½ biji bawang merah (dicincang halus)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1 sudu teh baking soda
- 1 sudu besar cuka putih
- Sedikit air (jika campuran terlalu pekat)
Cara-cara menyediakannya:
1. Ambil satu mangkuk kecil.
2. Campurkan bawang merah cincang, bawang putih yang ditumbuk, baking soda dan cuka putih.
3. Kacau bahan-bahan ini perlahan-lahan. Cuka putih akan bertindak balas dengan baking soda dan menghasilkan sedikit buih, ini adalah keadaan biasa.
4. Jika campuran dianggap terlalu pekat, tambahkan sedikit air untuk memudahkan penyebaran baunya.
Anda boleh meletakkan campuran ini di kawasan yang sering dilalui lalat dan lipas seperti:
- Di bawah sinki dapur
- Belakang peti sejuk
- Berdekatan tong sampah
- Sudut dapur atau bilik air yang lembap
- Bahagian celah kabinet atau rak makanan
Petua halau lalat dan lipas ini bukan sahaja murah dan selamat, malah sangat cepat berkesan. Dalam masa sejam, anda boleh melihat lalat dan lipas terperangkap dengan efektif.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Kata Viral
Baca juga: Cara Halau Lalat Paling Berkesan, Tak Sampai 5 Minit Semua ‘Hilang’