Penggemar masakan Indonesia pasti bersemangat dengan perkongsian kami kali ini mengenai perapan Ayam Penyet yang paling enak. Tambahan lagi, cara penyediaannya sangat mudah.
Resipi perapan Ayam Penyet ini telah dikongsikan oleh Suraya Jainul di Facebook yang bukan sahaja ringkas, tetapi hasilnya sangat memuaskan. Mari kita cuba!
Baca juga: Ayam Goreng Pandan Simple Dengan 3 Langkah, Siap Aroma Harum Semerbak!
RESIPI PERAPAN AYAM PENYET
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong 12 mengikut saiz yang diingini)
- 2 biji bawang
- 2 inci halia
- 3 batang serai
- 2 sudu ketumbar
- 2 inci kunyit
- 1 sudu jintan manis
- 1 sudu jintan putih
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit garam
- 1 sudu mushrooms seasoning atau stock ayam
- 1 gelas air
- 3 helai bay leaf
- 2 sudu tepung jagung
Cara-cara buat perapan ayam penyet:
1. Mulakan dengan mengisar bawang, halia, kunyit, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, mushrooms seasoning atau stock ayam dan sedikit garam.
2. Kemudian, rebus ayam bersama bahan yang telah dikisar dengan satu gelas air dalam periuk dan masukkan bay leaf.
3. Apabila ayam sudah masak, angkat dan ketepikan sebentar (anda boleh membiarkannya selama beberapa jam jika mahu, atau bisa terus digoreng).
4. Seterusnya, ambil sedikit air rebusan ayam dan campurkan dengan tepung jagung.
5. Masukkan satu sudu kecil stock ayam atau mushrooms seasoning ke dalam campuran tepung tersebut.
6. Akhir sekali, goreng ayam dengan mencelupnya ke dalam adunan tepung tersebut. Goreng selama sedikit waktu sahaja kerana ayam sudah masak. Siap untuk dihidangkan!
Tanpa diragukan lagi, terdapat banyak restoran di Malaysia yang menawarkan menu nasi ayam penyet. Jika anda mengidam tetapi malas keluar rumah, anda boleh menyediakan sendiri dengan resipi perapan Ayam Penyet ini.
Resipi ini sangat sesuai untuk dijadikan lauk pada makan tengah hari atau malam di rumah. Tambahan pula, anda boleh melengkapkan hidangan ini dengan sambal, tauhu, dan tempe yang lazat.
Selamat mencuba!
Sumber: Suraya Jainul
Baca juga: Resepi Nasi Ayam Penyet Untuk Satu Keluarga, Sekejap Je Dah Siap Masak!