Setiap kali ingin menyediakan nasi goreng atau mee goreng, pasti ingin menghias dengan bawang goreng sebagai pelengkap. Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi cara membuat Bawang Goreng yang rangup.
Bawang Goreng mempunyai peminatnya yang setia, malah ada yang menjadikannya stok untuk dinikmati di rumah. Namun, untuk menjadikannya rangup dan tahan lama bukanlah perkara mudah.
Bawang goreng dihasilkan dari bawang merah atau bawang besar yang dihiris nipis dan digoreng dalam minyak panas hingga berwarna keemasan dan mengeluarkan aroma yang harum.
Kami syorkan anda mengikuti cara Bawang Goreng yang dikongsikan oleh Rafidah Ramlei di Facebook ini, pasti hasilnya memuaskan. Jom kita cuba!
Baca juga: Ikan Bilis Goreng Bawang, Hidangan Akhir Bulan Ini Enak Seperti Masakan Ibu!
CARA MEMBUAT BAWANG GORENG
Bahan-bahan:
- Bawang kecil
- Bawang putih
- Tepung jagung (jika tiada, anda juga boleh menggunakan tepung gandum)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama, kupas bawang merah dan bawang putih, kemudian basuh sehingga bersih.
2. Selepas itu, hiris bawang sehalus mungkin, jangan lupa asingkan bawang merah dan bawang putih.
3. Kemudian, taburkan hirisan bawang tersebut dengan tepung jagung.
4. Akhirnya, goreng hingga berwarna kekuningan. Siap untuk digunakan!
Antara tip yang boleh diamalkan ketika penyediaan bawang goreng ini:
- Goreng bawang secara berasingan kerana bawang putih lebih cepat garing berbanding bawang merah.
- Pastikan minyak benar-benar panas sebelum memasukkan bawang.
- Gunakan api sederhana agar tidak mudah hangus.
- Apabila memasukkan bawang, kacau sedikit demi sedikit agar tenggelam dalam minyak, namun jangan kacau terlalu kerap, nanti bahagian dalamnya tidak garing.
Sebenarnya, anda hanya perlu mengetahui beberapa petua yang berguna ketika membuat Bawang Goreng, supaya kerangupannya kekal dan sedap untuk dinikmati.
Setelah digoreng, anda akan merasai aroma Bawang Goreng yang sangat menggoda. Teksturnya rangup, mungkin sampai berbunyi ketika dimakan.
Anda boleh menggunakan cara membuat Bawang Goreng ini apabila menyediakan hidangan untuk tetamu kerana ada yang menyukai hidangan ini bersama nasi berlauk.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafidah Ramlei
Baca juga: Resepi Bawang Putih Goreng, Terdapat Tips Agar Kekal Rangup Dan Tidak Pahit!