Apabila anda sedang mencari resepi mudah tetapi cukup menggiurkan untuk seluruh keluarga, Bihun Goreng Singapore yang lazat ini adalah pilihan terbaik kerana ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Bihun Goreng Singapore merupakan sejenis hidangan mi halus (bihun) yang digoreng bersama pelbagai bahan seperti udang, ayam, telur dan sayur-sayuran, serta disertakan dengan rempah dan sos tertentu.
Habeebah Md Daud telah berkongsi resepi Bihun Goreng Singapore di Facebook yang diajar oleh ibu mertuanya. Setiap kali dimasak, pasti habis sepenuhnya. Mari kita coba!
Baca juga: Tips Menggoreng Bihun Agar Tidak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE SEDAP
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Pertama, kisar bawang merah, bawang putih, lada hitam, udang kering, dan halia sehingga halus.
2. Kupas kulit udang dan rendam bihun sehingga lembut, kemudian potong daun kucai sepanjang 4cm.
*Jika ada lobak merah, hiris halus memanjang seperti daun kucai.
3. Selepas itu, tumis bahan kisar dengan minyak masak hingga keemasan.
4. Kemudian, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Seterusnya, masukkan udang, bihun yang sudah ditoskan, daun kucai dan hias dengan cili merah.
6. Akhir sekali, gaul rata. Siap untuk dihidangkan!
Bihun Goreng Singapore sungguh enak dinikmati bersama sambal kicap atau sos cili. Makan satu pinggan pun terasa tidak mencukupi, pasti ingin menambah lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Habeebah Md Daud
Baca juga: Mee Siam Goreng Singapore, Kering-Kering Begini Buat Selera Terangkat!