Rahsia Daging Lembut dalam 30 Minit: Gunakan Kurma untuk Hasil Sempurna!


petua lembutkan daging

Adakah anda pernah memasak daging berjam-jam, tetapi masih keras seperti getah? Jangan khawatir, kami mempunyai tip untuk melembutkan daging yang lebih sederhana dan cepat dengan hanya menggunakan kurma.

Ramai yang telah mengalami situasi seperti ini di dapur. Mendidihkan daging dengan begitu lama di atas dapur, hingga air hampir kering namun daging masih belum lembut.

Tetapi, tidak ramai yang menyedari terdapat satu bahan dapur yang manis, berkhasiat dan semulajadi yang dapat membantu melembutkan daging secara efektif, iaitu kurma.

Kami menemui perkongsian oleh ainafzl di Threads mengenai petua melembutkan daging yang sangat menarik dengan hanya menggunakan kurma dan hasilnya sangat mengagumkan.

Baca juga: Cara Simpan Kurma Supaya Tahan Lama, Sedap Dan Segar Tak Hilang Walau Berbulan

PETUA LEMBUTKAN DAGING GUNA KURMA

petua lembutkan daging

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji kurma
  • Daging
  • Air secukupnya

Cara-cara untuk merebus daging:

1. Pertama, sediakan 4 biji kurma, dengan 2 biji kurma yang siap dengan isi dan biji, 2 biji lagi hanya gunakan bijinya tanpa isi.

2. Setelah itu, masukkan daging bersama air yang mencukupi ke dalam periuk.

3. Selanjutnya, masukkan kurma terus semasa mula-mula memasak daging.

4. Pastikan menggunakan api sederhana besar sepanjang proses memasak.

5. Akhir sekali, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit. Selepas itu, anda boleh menghiris daging. Siap untuk digunakan!

petua lembutkan daging

Meski kedengarannya agak aneh, tetapi tip ini telah lama diamalkan oleh orang-orang dahulu. Kini, ramai yang mula menyedari khasiat kurma bukan hanya untuk tenaga, tetapi juga dalam proses memasak.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ainafzl

Baca juga: Cara Lembutkan Daging Lebih Cepat & Jimat Gas, Guna Periuk Nasi Saja!



Source link

Scroll to Top