Rahsia Dapur: Cara Bendi Masak Tanpa Berlendir yang Ramai Tak Tahu!


tips bendi tak berlendir

Tak ramai yang menyukai lendir daripada bendi yang dimasak kerana ia menjadikan sayur tersebut lembik. Jangan risau, selepas ini anda boleh ikuti tips bendi tak berlendir ini.

Bendi kerap digunakan sebagai bahan dalam masakan seperti kari, sup dan gulai. Selain itu, ia juga sering ditambahkan dalam masakan Melayu seperti sambal, tumis, asam pedas dan lain-lain.

Bukan lamang terkenal kerana rasa rangup dan lembutnya, tetapi bendi juga diakui dengan teksturnya yang berlendir. Oleh itu, ramai yang tidak suka memasak bendi di rumah.

Oleh kerana ramai yang masih menghadapi isu bendi berlendir semasa masak, jadi kami ingin kongsikan beberapa tips dengan petua mudah untuk anda ikuti.

Baca juga: Wanita Ini Berkongsi Tips Menghilangkan Lendir Ikan Keli Dengan Cepat, Goreng Pun Tak Meletup!

TIPS BENDI TAK BERLENDIR

tips bendi tak berlendir

1. Pertama, pastikan untuk membasuh bendi terlebih dahulu sebelum memotong.

2. Selepas itu, toskan bendi hingga kering. Keringkan menggunakan tisu dapur jika perlu.

3. Paling penting, jangan potong awal, sebaliknya potong ketika hendak masak.

4. Jika menumis, elakkan daripada menggunakan bawang merah ketika menumis.

5. Semasa menumis, pastikan untuk menggunakan api yang besar.

6. Terakhir, elakkan menambah air kerana ia akan menjadikan bendi semakin berlendir.

tips bendi tak berlendir

Apabila bendi masak jadi berlendir, ia mengurangkan rasa hidangan tersebut. Tambahan pula, bendi sepatutnya dimakan dengan warna hijau yang segar dan rangup.

Namun setelah menggunakan tips bendi tak berlendir ini, anda akan melihat bendi yang dimasak bukan sahaja rangup, malah warnanya tetap hijau dan tidak lembik sama sekali.

Semoga bermanfaat!

Sumber: NorbayaDahalan

Baca juga: Lelaki Ini Berkongsi Cara Menggoreng Bendi Supaya Tak Berlendir, Serius Berkesan!



Source link

Scroll to Top