“Rahsia Dapur: Satu Bahan Ajaib untuk Kuah Shell Out yang Lebih Lezat!”


resepi shell out

Untuk para peminat makanan laut, mesti mencuba resepi shell out yang ringkas dan mudah ini. Lebih menyeronokkan jika dapat berkumpul sambil menikmati hidangan bersama keluarga.

Ternyata, terdapat satu bahan rahsia yang menjadikan kuah shell out lebih sedap daripada biasa. Dijamin semua orang akan menikmatinya dengan selera!

Jika anda ingin tahu apakah rahsia tersebut, mari baca artikel ini hingga selesai. Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, pastinya semua akan memuji keenakan hidangan ini!

Baca juga: Wanita Kongsikan Resepi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Ajaran Mak Sampai Mahir

RESEPI SHELL OUT MENYEDAPKAN, RUPANYA TAMBAH ‘1 BAHAN’ RAHASIA INI

resepi shell out

Bahan yang dikisar:

  • Bawang holland
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Halia

Bahan-bahan lain:

  • Serai (diketuk)
  • Cili kisar (tambahkan jika inginkan lebih pedas)
  • Puri tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sedikit kicap (untuk menggelapkan warna kuah)
  • Hasil laut (ketam, udang, sotong, lala dan kerang)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis serai yang telah diketuk.
  2. Seterusnya, masukkan bahan kisar yang telah dihancurkan halus.
  3. Tambahkan cili kisar dan tumis sehingga minyak terpacul.
  4. Rahsia shellout yang sedap adalah dengan menambah puri tomato.
  5. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit kicap.
  6. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa.
  7. Jika kuah terasa kurang masam, tambahkan puri tomato atau sos tomato mengikut selera anda.
  8. Masukkan ketam lebih dahulu dan setelah ketam hampir masak, baru masukkan udang dan sotong.
  9. Masak selama 5 minit sahaja agar udang serta sotong tidak mengecut dan liat.
  10. Jangan lupa untuk memasukkan lala dan kerang yang telah direbus.
  11. Tambah air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Kacau semua bahan sehingga rata dan hidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resepi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Sahaja Pun Boleh!



Pautan sumber

Scroll to Top