Rahsia Kekalkan Kesegaran Ikan Dalam Gulai: Tips Supaya Tidak Hancur!


petua ikan tak hancur

Satu cabaran utama ketika menyediakan gulai ikan adalah isi ikan yang mudah hancur setelah lama mendidih. Jangan risau, terdapat petua untuk memastikan ikan tidak hancur dalam gulai yang cukup mudah.

Gulai ikan dikenali dengan kuahnya yang pekat, memberikan rasa masam, pedas dan berlemak, menjadikannya cukup sempurna untuk menambah nasi. Ketika menikmatinya, pasti berselera.

Seorang pengguna TikTok, @fienazshafieofficial, berkongsi satu petua mudah untuk memastikan isi ikan kekal cantik dalam gulai. Jom kita lihat petuanya!

Baca juga: Tips Buat Cucur Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Confirm Sedap Seperti Di Kedai!

PETUA IKAN TAK HANCUR DALAM GULAI

petua ikan tak hancur

1. LUMURKAN GARAM SEBELUM MASAK.

Sebelum menambah ikan ke dalam gulai, lumurkan sedikit garam pada isi ikan. Dikatakan, langkah ini membantu mengekalkan isi ikan supaya tidak mudah berderai ketika dimasak terlalu lama.

2. GORENG IKAN TERLEBIH DAHULU.

Goreng ikan hingga sedikit garing sebelum memasukkannya ke dalam gulai. Metode ini membuat isi ikan lebih pejal dan tidak mudah hancur. Pada masa yang sama, ia juga menambah rasa pada kuah gulai.

3. JANGAN MASUKKAN IKAN TERLALU AWAL.

Pastikan kuah gulai sudah mendidih, cukup rasa dan hampir siap sebelum ikan ditambah. Jika dimasukkan terlalu awal, ikan akan terendam terlalu lama dalam kuah panas, menjadikannya mudah hancur dan hilang bentuk.

4. JANGAN SELALU KACAU.

Selepas ikan dimasukkan ke dalam gulai, biarkan ia masak perlahan-lahan. Jika sering dikacau, risiko ikan hancur akan semakin meningkat. Oleh itu, cukup goncangkan periuk secara perlahan sahaja.

5. ELAKKAN KACAU DENGAN SENDUK BESI.

Jika perlu alihkan ikan, gunakan senduk kayu atau goncangkan periuk perlahan. Hindari mengacau secara kasar kerana ia menjadi punca utama isi ikan hancur.

petua ikan tak hancur

Petua ikan tidak hancur dalam gulai ini sesuai digunakan untuk semua jenis gulai, tidak kira gulai kuning, gulai lemak, atau gulai tempoyak. Hasilnya, ikan kelihatan cantik tersusun di dalam mangkuk, bukan sekadar tulang dan kuah sahaja.

Semoga berguna!

Sumber: fienazshafieofficial

Baca juga: Resipi Gulai Kuning Ikan Merah Kelantan, Tips Ini Bagi Kuah Menjadi Sedap Molek!





Source link

Scroll to Top