Resepi bayam merah digoreng belacan ini sememangnya perlu dicuba jika anda menikmati hidangan sayur yang sederhana tetapi tetap menggugah selera. Meskipun terlihat biasa, tetapi rasanya sangat memikat!
Sering kali apabila memasak bayam merah, warna cepat pudar dan sayur pun kelihatan layu. Namun, jika menggunakan teknik yang tepat, kita dapat mempertahankan warna yang menawan dan sayur tetap kelihatan segar walaupun sudah dimasak.
Resipi ini bukan sahaja mudah, malah sangat ideal untuk hidangan sehari-hari. Masa memasak pun tidak lama, tetapi hasilnya pasti memuaskan! Jom semak resipi lengkap di bawah.
Baca juga: Resipi Sayur Paku Rawan Tumis, Popular Kerana Teksturnya Menggoda Bila Dikunyah!
RESEPI BAYAM MERAH GORENG BELACAN
Bahan kisar untuk sambal:
- Segenggam cili padi merah
- 1/2 genggam cili padi hijau
- 3/4 ekor udang kering
- 1 sudu besar belacan
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
Bahan-bahan lain:
- Sayur pilihan (contoh: sawi, bayam, kangkung)
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk perasa jika ingin
- Minyak bijan setitik dua (jika ada)
Cara-cara:
- Pastikan air benar-benar mendidih sebelum menambah sayur. Ini penting agar sayur tidak menjadi lebam atau gelap.
- Masukkan sayur dan celur sekejap, dalam 1-3 minit bergantung pada jenis sayur. (Contoh: kangkung hanya 1 minit).
- Segera siram sayur di bawah air paip untuk menghentikan proses memasak. Ini juga membantu mengekalkan warna hijau sayur.
- Toskan dengan baik sebelum meneruskan memasak atau menyajikan. Ketepikan sebentar.
- Sekarang kita sediakan sambalnya pula. Kisar halus bahan kisar dengan sedikit air.
- Panaskan minyak secukupnya. Tumis bahan kisar tadi.
- Kacau selama seminit. Jika perlu, boleh tambah sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
- Seterusnya, perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan setitik dua minyak bijan.
- Selepas dua minit boleh tutup api.
- Biarkan sambal sejuk seketika.
- Tuangkan sambal ke atas sayur yang telah dicelur dan disejukkan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Afy Al Habibi
Baca juga: Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!