Rahsia Kelezatan Onde Onde Gula Melaka: Tambahkan Daun ‘Magik’ Ini Ketika Merebus!

onde onde gula melaka

Pelbagai jenis masakan tradisional tersedia di Malaysia dan tentunya kuih Onde Onde Gula Melaka menjadi pilihan utama. Di manapun anda pergi ke gerai kuih, mesti akan ada kuih ini.

Onde Onde atau dikenali juga sebagai buah melaka, kuih pancit atau klepon adalah sejenis kuih tradisional yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kuih ini dibuat daripada bebola yang dibentuk dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan serta intinya menggunakan sama ada gula Melaka atau gula merah, seterusnya direbus sebelum disaluti dengan kelapa parut.

Sebenarnya, tidak sukar untuk menyediakan kuih Onde Onde Gula Melaka ini. Jika anda berkeinginan, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Kayana Ekafira di Facebook ini. Mari kita cuba!

Baca juga: Puding Cendol dengan Gula Melaka: Manisan Berkrim dan Lazat yang Memikat Selera!

RESIPI ONDE ONDE GULA MELAKA

onde onde gula melaka

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung pulut
  • 50 gram tepung beras
  • Gula Melaka (dihaluskan untuk inti, gula merah juga boleh digunakan)
  • 2 titis pewarna makanan hijau
  • Kelapa parut
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, kukus kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam selama 10 minit.

2. Sementara itu, campurkan tepung pulut, tepung beras, sedikit garam dan pewarna makanan hijau.

3. Selepas itu, gaul hingga sebati dan tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung.

onde onde gula melaka

4. Kemudian, uli sehingga kalis dan senang dibentuk.

5. Ambil satu senduk adunan, tekan dan masukkan inti gula Melaka, tutup semula dan bentuk hingga menjadi bulat sempurna.

6. Seterusnya, panaskan air dalam periuk dan masukkan sehelai daun pandan.

7. Rebus kuih yang telah dibentuk ke dalam air mendidih hingga masak.

8. Apabila kuih telah terapung (tanda kuih telah masak), boleh angkat dan toskan.

9. Akhir sekali, gaul dalam kelapa parut yang telah dikukus sebelumnya. Siap untuk dinikmati!

Jika sekali-sekala anda terasa ingin makan kuih tetapi malas untuk ke luar membelinya, bolehlah mencuba buat Onde Onde Gula Melaka ini. Hanya dengan satu suapan, pasti ingin lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Kayana Ekafira

Baca juga: Puding Cendol dengan Gula Melaka: Manisan Berkrim dan Lazat yang Memikat Selera!

Source link

Scroll to Top