“Rahsia Kuah Ringan dan Sedap: Resepi Mee Kari Ipoh yang Penuh Selera!”


resepi mee kari ipoh

Apabila bercuti ke Perak, pastinya tidak akan mensia-siakan kesempatan untuk menikmati Mee Kari yang lazat di situ. Selepas ini, anda boleh sediakan sendiri di rumah dengan resipi Mee Kari Ipoh ini.

Mee Kari Ipoh ialah salah satu sajian yang terkenal berasal dari Ipoh, Perak, yang dikenali dengan kuahnya yang lebih ringan dan tidak terlalu pekat.

Nor Azaliza Tarmizi telah berkongsi resipi Mee Kari Ipoh di Facebook yang menarik perhatian ramai kerana kuahnya mempunyai rasa yang ringan dan sedap untuk dinikmati. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Memasak Mee Bandung Mudah Berkuah Pekat, Masukkan Bahan Rahsia ‘Ini’

RESIPI MEE KARI IPOH

resepi mee kari ipoh

Bahan-bahan:

  • Mee kuning, kuetiau atau bihun
  • Fishball
  • Fishcake
  • Tauge
  • Daun sup
  • Daun bawang

Bahan-bahan kuah:

  • 200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air, toskan, simpan air rebusan, ikannya dikisar halus)
  • 8 sudu makan rempah kari daging
  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 hingga 6 sudu makan cili kisar
  • 3 batang serai (dititik)
  • 2 batang akar daun sup (diketuk)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ketul kiub ikan bilis (tambahan)
  • 500gm santan
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 500gm tauhu pong (dipotong empat)
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak kuah:

1. Pertama sekali, kisar bawang besar dan bawang putih.

2. Seterusnya, tumis bahan kisar, kayu manis, bunga lawang, pelaga, serai, dan daun kari sehingga wangi.

3. Setelah itu, masukkan cili kisar dan tumis sampai sedikit garing.

4. Kemudian, masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.

5. Selepas itu, masukkan ikan tamban yang telah dikisar dan gaul sampai rata.

6. Masukkan air rebusan, akar daun sup dan kiub ikan bilis, lalu rebus seketika hingga mendidih sedikit.

7. Tambahkan santan dan tauhu pong, kemudian kacau sehingga rata dan sebati.

resepi mee kari ipoh

8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, dan biarkan mendidih. Siap untuk dihidangkan!

Anda boleh menyajikan resipi Mee Kari Ipoh dengan mee kuning, kuetiau, atau bihun bersama fishball, fishcake, tauge, daun sup, dan daun bawang. Jika ada telur rebus, kuah akan jadi lebih sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Azaliza Tarmizi

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Lezat, Wanita Ini Kongsikan Rahsia Dari Resipi Ibunya



Pautan sumber

Scroll to Top