Popia sira yang garing sungguh menjadi pilihan ramai! Hidangan ini mudah dijumpai, sama ada di pasar malam atau gerai jalanan.
Jika anda berhasrat untuk mencubanya sendiri, jom MyResipi kongsikan satu resipi ringkas yang boleh anda ikut.
Dengan resipi ini, popia sira dijamin tetap garing walaupun setelah dicampur dengan sambal. Lebih menarik, popia juga tidak akan pecah selepas digoreng.
Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta langkah-langkah penyediaan!
Baca juga: Resipi Murtabak Mini Menggunakan Kulit Popia, Tak Perlu Menguli Doh
RESEPI POPIA SIRA RANGUP
Bahan-bahan:
Cara-cara
1. Cincang halus kubis dan lobak merah. Pastikan semua bahan benar-benar kering. Jika basah, popia akan pecah.
2. Keringkan selama beberapa jam sebelum digulung.
3. Pastikan gulungan cukup padat.
4. Setelah popia siap digulung, goreng dalam minyak yang panas.
5. Perlu bijak mengawal api supaya popia tidak hangus. Goreng sehingga ia kelihatan agak garing.
6. Angkat popia dan rehatkan sejenak sambil menyediakan sambal sira pula.
Bahan sambal sira:
- 1 cawan air
- 1 cawan gula
- 1 cawan cili kering yang dikisar
- 1 sudu kecil garam
Cara membuat sambal sira:
- Satukan semua bahan dan masak sehingga berbuih pekat.
- Sejukkan dahulu sebelum menggaul dengan popia yang telah digoreng tadi.
- Gaul sehingga sambal bersalut dengan baik pada popia.
- Selamat mencuba!
Kredit: Qaseh Iman’s
Baca juga: Tips Agar Popia Tidak Berminyak & Kekal Garing Selepas Digoreng, Ini Rahsianya!