Telur rebus merupakan salah satu hidangan yang paling mudah disediakan. Namun, ketika tiba saat untuk mengupasnya, rasa frustrasi muncul kerana kulitnya sering melekat pada bahagian dalam.
Akibatnya, telur terhasil dengan lubang-lubang dan kurang menarik untuk dihidangkan, terutamanya untuk sajian seperti nasi lemak atau salad.
Jika anda sering menghadapi halangan ini, jangan bimbang. Terdapat petua mudah yang dapat membantu kulit telur terlepas dengan baik, tanpa merosakkan bahagian dalamnya.
Prosedurnya cukup ringkas, dan bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Hasilnya pasti memuaskan saat melihat telur yang licin dan sempurna.
Baca juga: Mata Blender Tumpul? Guna Petua Mudah Ini, Hasilnya Tajam Seperti Baru!
PETUA KUPAS TELUR REBUS SUPAYA KULIT TIDAK MELEKAT & CANTIK HASILNYA
Cara-cara:
- Permulaan, isi air dalam periuk dan biarkan sehingga air benar-benar mendidih.
- Apabila air sudah mendidih, kurangkan api supaya air tidak terlalu bergelora.
- Masukkan telur dengan penuh hati-hati agar kulitnya tidak retak.
- Tingkatkan semula api ke tahap sederhana-tinggi dan teruskan merebus selama 5 hingga 10 minit, bergantung kepada saiz telur dan tahap kematangan yang diingini.
- Setelah masak, segera angkat telur dan bilas di bawah air paip yang mengalir atau rendam dalam air sejuk selama beberapa minit. Ini membantu menghentikan proses memasak dan memudahkan kulit terlepas.
Sumber: Kak Nis
Baca juga: Cara Pilih Petai Yang Tidak Busuk & Segar, Gunakan Tip Ini Semasa Membeli!