“Rahsia Lembut dan Kenyal Kuih Tepung Gomak Pandan: Resipi Istimewa yang Perlu Anda Cuba!”


kuih tepung gomak

Resepi kuih tepung gomak pandan ini sememangnya perlu dicuba oleh peminat kuih tradisional. Teksturnya sangat lembut, kenyal dan berisi inti kelapa manis yang sedap berlemak.

Jika anda sering membuat kuih tepung gomak tetapi hasilnya keras atau cepat liat, anda perlu mencuba teknik ini. Dijamin kuih akan tetap lembut hingga ke petang.

Jadi, jika anda ingin mencuba untuk membuat sendiri sebagai hidangan minum petang bersama keluarga, ikuti langkah-langkah yang telah kami sediakan di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kuih Lapis Pelangi Guna Acuan Puteri Ayu, Lembut & Comel Sangat Hasilnya!

RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN

kuih tepung gomak

Bahan-bahan:

  • 1 biji ubi keledek oren (kulit dibuang, rebus hingga lembut)
  • ½ bungkus tepung pulut
  • ½ sudu kecil garam
  • Perisa pandan
  • S sedikit pewarna hijau (jika mahu)
  • Air secukupnya (elakkan terlalu banyak, bimbang doh terlalu lembik)

Cara-cara:

  1. Lenyek ubi keledek yang telah direbus sehingga halus.
  2. Campurkan ubi lenyek dengan tepung pulut, perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
  3. Uli hingga semua bahan bercampur rata dan doh tidak melekat di tangan.
  4. Ambil doh dan bulatkan, kemudian masukkan inti kelapa (nyok) di tengah.
  5. Rebus bebola doh dalam air mendidih, sama seperti membuat kuih onde-onde.
  6. Apabila kuih muncul di permukaan air, angkat dan toskan.
  7. Sangai tepung beras di atas api perlahan hingga berwarna kekuningan dan wangi, kemudian biarkan sejuk seketika.
  8. Salut kuih dengan tepung beras yang telah disangai. Leperkan sedikit kuih selepas disalut.

Sumber: Nurul Awatif

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!



Source link

Scroll to Top