Rahsia Lembutkan Daging dalam Sejam Guna Periuk Nasi dan Jimat Gas!


cara nak lembutkan daging

Jika anda masih menggunakan teknik rebus tradisional untuk melembutkan daging, selepas ini anda tidak perlu lagi. Sebenarnya, terdapat kaedah untuk melembutkan daging yang jauh lebih cepat dan praktikal.

Banyak yang menghadapi masalah daging yang dimasak menjadi keras dan sukar untuk dikunyah meskipun telah lama dimasak. Ini bukan sahaja merosakkan selera tetapi juga membuang masa dan tenaga.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi panduan untuk melembutkan daging yang lebih pantas dan mudah dengan hanya menggunakan periuk nasi di rumah. Mari kita lihat langkah-langkahnya!

Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

CARA NAK LEMBUTKAN DAGING GUNA PERIUK NASI

cara nak lembutkan daging

Kredit gambar: Facebook Umi Alfira

1. Pertama, bersihkan daging dengan teliti terlebih dahulu.

2. Seterusnya, potong daging mengikut saiz yang diinginkan dan sesuai untuk hidangan.

3. Setelah itu, masukkan daging yang telah dipotong ke dalam periuk nasi.

cara nak lembutkan daging

Kredit gambar: Facebook Farid Rashidi

4. Tambahkan sedikit air, kira-kira 1 cawan dalam periuk nasi atau mengikut jumlah daging yang digunakan.

5. Akhir sekali, tekan suis dan biarkan ia masak seperti biasa. Sedia untuk digunakan!

Untuk menjimatkan penggunaan gas dan memasak dengan cepat di dapur, inilah caranya. Oleh itu, jangan lupa untuk menggunakan kaedah melembutkan daging dengan periuk nasi ini.

Tip ini juga boleh digunakan untuk melembutkan kaki ayam dan tulang. Dengan tekstur yang lembut, berjus, dan enak, keluarga anda tentunya lebih puas menikmati sajian yang dihidangkan.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Facebook Farid Rashidi, Nurul Iman

Sumber: Haryani Rosli

Baca juga: Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Tengok Hasilnya



Source link

Scroll to Top