Rahsia Mee Rebus Utara: Kuah Pekat yang Selalu Menggoda!

 

Mee Rebus Utara

Resepi mee rebus utara memang menjadi pilihan banyak orang. Kuahnya kental, pekat, dan sarat dengan rasa! Sekali cuba, pasti tidak akan puas.

Di Malaysia, mee rebus mempunyai pelbagai variasi, berbeza mengikut negeri dan daerah. Sesekali, seronok juga mencuba resipi baharu, bukan?

Jika anda ingin mencuba mee rebus versi utara, Saudara Saiful Nasuha telah berkongsi resipinya. Jom kita masak!

Baca juga: Mee Goreng Gempak: Rasa Pekat yang Memukau hingga Menyebabkan Anda ‘Berlemoih’!

RESEPI MEE REBUS UTARA

Mee Rebus Utara

Bahan-bahan (Untuk 1 bungkusan mee):

  • Daging (secukupnya)
  • 3 batang keledek
  • 3 biji ubi kentang
  • 6 tangkai cili kering (direbus)*
  • Sedikit kacang (disangai & dikisar kering)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • ½ inci halia*
  • Sedikit udang kering*
  • Sedikit rempah kari daging

Cara-cara:

  1. Rebus daging terlebih dahulu hingga empuk (jangan buang air rebusan tersebut).
  2. Rebus keledek dan ubi kentang, kemudian kisar hingga halus.
  3. Kisar bahan bertanda * hingga halus.
  4. Tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak.
  5. Tuangkan keledek yang telah dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging.
  6. Masukkan kacang yang telah dikisar.
  7. Tambahkan sedikit air (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat).
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Masak sehingga kuah menjadi sebati dan mesra.

Bahan hiasan:

  • Telur rebus
  • Daun sup & daun bawang
  • Cili besar (dihiris serong)
  • Bawang goreng
  • Tauhu
  • Tauge
  • Limau nipis

Sumber: Nasuha Saiful

Baca juga: Mee Goreng Gempak: Rasa Pekat yang Memukau hingga Menyebabkan Anda ‘Berlemoih’!

Source link

Scroll to Top