Rahsia Melunakkan Sotong Ring Beku: Hilangkan Tekstur Getah Dalam Sekelip Mata!


cara lembutkan sotong ring

Pernah beli sotong ring beku tetapi liat seperti getah apabila dimasak? Anda tidak keseorangan, ramai yang mengalami isu yang sama. Jadi, kami ingin berkongsi cara melembutkan sotong ring beku supaya menjadi lebih sedap dimakan.

Sotong ring beku lebih ideal untuk dibuat celup tepung kerana teksturnya sudah dipotong dengan rapi dan saiznya seragam. Apabila dilapisi dengan tepung berempah, sotong akan menjadi rangup di luar dan lembut di dalam.

Baca juga: Jenis-Jenis Sotong Yang Sering Dimasak, Yang Mana Paling Sedap Dalam Sambal?

CARA MELEMBUTKAN SOTONG RING BEKU

1. DEFROST DENGAN LEBIH LAMA.

cara lembutkan sotong ring

Sotong ring beku berbeza daripada sotong segar kerana ia memerlukan masa defrost yang lebih panjang. Cuma letakkan sotong dalam plastik atau bekas di dalam peti sejuk semalaman (anggaran 8 hingga 10 jam).

2. SETELAH CAIR, BILAS DENGAN AIR SEJUK.

Setelah mencair, bilas dengan air sejuk untuk menghilangkan bau hanyir. Ini membantu mengelakkan sotong menjadi terlalu kering dan hasil teksturnya menjadi lebih lembut kelak.

3. RENDAM DALAM BAKING SODA.

Selain daripada kaedah defrost, anda juga boleh merendam sotong ring beku dalam air yang dicampur sedikit baking soda selama kira-kira 1 jam sebelum menggoreng. Hasilnya, ia akan menjadi lebih lembut.

4. RENDAM DALAM SUSU.

Jika tiada baking soda, susu dapat menjadi alternatif. Rendam dalam susu selama beberapa jam untuk mendapatkan sotong yang lembut.

5. GUNA KAEDAH GORENG CEPAT.

cara lembutkan sotong ring

Sotong ring beku perlu digoreng dengan lebih pantas. Salutkan dengan adunan tepung, telur dan rempah, kemudian goreng dalam minyak panas selama hanya 1 hingga 2 minit.

Semoga selepas ini anda tidak lagi stres ketika memasak sotong ring beku. Ingat, lakukan defrost dengan betul dan pilih cara melembutkan sotong ring beku yang terbaik.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ateefa Abdullah

Baca juga: 5 Petua Sotong Yang Tidak Liat & Kecut Ketika Dimasak, Ramai Tidak Tahu Tips No. 3 Adalah Paling Berkesan!



Sumber pautan

Scroll to Top