Musim Hari Raya Aidiladha telah tiba, tentu peti ais sudah mulai dipenuhi dengan daging segar. Namun, tantangan terbesar adalah memasak daging korban supaya lembut dan memiliki aroma yang menggoda.
Tidak semua bahagian daging sesuai untuk sebarang jenis masakan. Contohnya, daging batang pinang sesuai untuk memasak goreng kunyit atau masak merah, sementara daging bertulang lebih baik dimasak untuk sup atau gulai.
Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa petua yang ringkas untuk membantu anda dalam memasak daging korban agar hasilnya lembut, harum, dan sedap. Mari kita lihat tipsnya!
Baca juga: Petua Memasak Pulut Kuning Tahan Lama & Tidak Mudah Basi, Sampai Esok Masih Berkilat!
TIPS MEMASAK DAGING KORBAN

Kredit gambar: Facebook Engku Myza Engku Hassan
1. Jangan langsung memasak selepas sembelih; sebaiknya biarkan selama 4 hingga 6 jam agar daging tidak keras dan menjadi lembut.
2. Gunakan pelembut semula jadi seperti nanas, daun betik atau air limau untuk membantu melembutkan daging.
3. Rebus bersama rempah untuk menghilangkan bau yang tidak enak. Anda boleh merebusnya dengan halia, daun salam, lengkuas, dan serai, buang air rebusan pertama, kemudian sambung proses memasak.
4. Potong daging dengan cara melintang urat supaya daging tidak liat dan mudah dikunyah.
5. Pastikan menggunakan pes dan rempah yang sesuai.
6. Masak dengan api perlahan agar rempah meresap dan tekstur tetap lembut.

Kredit gambar: Facebook Siti Mariam Zainon
Walaupun memasak daging korban mungkin agak rumit, tetapi ia akan menciptakan momen berharga bersama keluarga. Jadi, biarlah masakan tersebut bukan hanya menyenangkan perut, tetapi juga meninggalkan kesedapan dan kenangan manis.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: Facebook Siti Mariam Zainon, Facebook Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd.
Sumber: Yeni Asita
Baca juga: Wanita Ini Berbagi Tips Agar Telur Tidak Pecah Dalam Kuah Masak Lemak, Bulat Gebu Kejadiannya!