Untuk mencipta pencuci mulut yang lezat, sagu gula melaka pastinya merupakan pilihan yang tepat. Namun, ada beberapa panduan yang perlu anda ikuti ketika memasak sagu gula melaka agar hasilnya tidak hancur.
Sagu gula melaka adalah salah satu hidangan pencuci mulut tradisional yang sangat terkenal dan disukai ramai. Walaupun nampak senang, banyak yang merasa kecewa kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Tak hanya sagunya yang hancur bercampur air, malah ia juga melekat antara satu sama lain dan menjadi terlalu lembik hingga tidak kelihatan biji sagu. Jika dihidangkan kepada tetamu, pasti jadi bahan ketawa.
Dengan panduan di bawah, anda tidak perlu risau lagi kerana kami akan berkongsi beberapa petua dan cara yang tepat untuk memasak sagu agar hasilnya cantik dan bulat dengan sempurna.
Baca juga: Teknik Rebus Sagu Besar Yang Hemat Gas, Confirm Jernih Dan Menjadi!
PANDUAN MASAK SAGU GULA MELAKA
Langkah untuk memasak sagu gula melaka adalah:
1. Pastikan air sudah mendidih sebelum menambah sagu. Gunakan air yang banyak agar sagu cepat masak dengan sempurna.
2. Jangan basuh sagu terlebih dahulu, terus saja masukkan ke dalam periuk.
3. Jika membeli sagu putih, boleh terus masukkan pewarna. Untuk kemudahan, beli saja yang sudah berwarna, biasanya tersedia dalam warna merah jambu dan hijau.
4. Elakkan mengaduk sagu terlalu kerap, kerana ia akan menghancurkannya, mengaduk sesekali sahaja.
5. Tunggu sehingga hilang warna putih tersebut. Biasanya dalam 10 hingga 15 minit, bergantung kepada kuantiti. Pastikan anda memantau dengan cermat.
6. Setelah masak, angkat dan toskan. Jangan rendam sagu dalam air untuk tempoh yang lama. Segera basuh dengan air hingga hilang semua kelekitannya.
Langkah untuk membuat air gula melaka atau nisan adalah:
1. Tambahkan dua keping gula melaka atau nisan.
2. Masukkan sedikit air dan daun pandan untuk menambah aroma harum.
3. Kacau sehingga ia cair.
Langkah untuk menghidang sagu gula melaka:
1. Pertama, letakkan sagu dalam mangkuk.
2. Selanjutnya, masukkan susu cair atau santan (boleh tambahkan sedikit garam untuk menambah rasa lemak).
3. Kemudian, tuangkan air gula melaka tersebut mengikut tahap kemanisan yang diingini.
4. Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk kerana ia lebih sedap disajikan dingin.
Dengan panduan memasak sagu gula melaka ini, anda dapat menghasilkan pencuci mulut yang bukan sahaja sedap, malah menarik dalam mangkuk. Nikmati sejuk-sejuk, lebih terasa keenakannya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: AiEn Mazalan
Baca juga: Resepi Sagu Gula Melaka Lezat, Ada Tips Supaya Tak Hancur Dan Berketul