Tiada keraguan bahawa agak mengecewakan apabila berusaha keras untuk memasak sotong, tetapi hasilnya menjadi liat dan menyakitkan gigi untuk dikunyah. Namun, tidak perlu bimbang, anda boleh mengikuti petua sotong tak liat selepas ini.
Berikut merupakan beberapa tips sotong tidak liat yang boleh anda praktiskan supaya sotong yang dimasak bukan sahaja enak dan lembut, tetapi juga tetap menarik dan menggugah selera.
Baca juga: Pelbagai Jenis Sotong yang Sering Dimakan, Yang Mana Paling Terbaik untuk Masak Sambal?
TIPS SOTONG TAK LIAT SEMASA MEMASAK
1. Jangan masak terlalu lama.
Ramai orang tidak sedar bahawa sotong sangat peka terhadap waktu memasak. Sotong yang dimasak berlebihan akan menjadi keras dan liat.
Jika anda ingin memasak sotong pada suhu tinggi, cukup masak selama 1 hingga 3 minit sahaja. Jika ingin memasak lebih lama, lakukan dengan perlahan dan pada suhu rendah.
2. Gunakan api sederhana sahaja.
Gunakan api sederhana agar haba yang diterima sotong tidak mengejutkan teksturnya. Api yang terlalu kuat boleh membakar bahagian luar, sementara bahagian dalam masih mentah.
3. Perap dengan jus lemon atau limau untuk melembutkan isi sotong.
Ini merupakan antara petua tradisional yang ramai tidak tahu, iaitu merendam sotong yang telah dibersihkan dengan jus lemon atau limau nipis selama 10 hingga 15 minit sebelum masak.
Asid semulajadi daripada jus limau membantu memecahkan protein dalam sotong, yang menjadikannya lebih lembut serta berair. Lebih dari itu, bau hanyir juga akan hilang.
4. Untuk menggoreng sotong, gunakan minyak yang banyak.
Jika ingin menyediakan sotong goreng tepung atau sotong rangup, pastikan menggunakan banyak minyak agar sotong tenggelam sepenuhnya semasa penggorengan.
Minyak yang mencukupi akan memastikan masakan anda seragam, dan sotong tidak menyerap minyak yang berlebihan. Hasilnya, ia akan menjadi rangup di luar dan lembut di dalam.
5. Rendam sotong dengan cuka.
Sebelum memasak, cubalah merendam sotong yang dibersihkan dalam air yang dicampur sedikit cuka selama 5 minit. Cuka akan membantu melembutkan tekstur sotong serta mengurangkan bau amis. Namun, elakkan merendam terlalu lama, cukup 5 minit sahaja.
Semoga bermanfaat!
Sumber: REHAN Food Spices
Baca juga: Cara Mengeluarkan Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Kemudian