Ramai yang gemar menyediakan kuah masak lemak telur kerana ianya mudah dan sedap berlemak. Untuk mendapatkan hasil yang ideal, anda perlu mengetahui tips supaya telur tidak pecah dalam kuah masak lemak ini.
Kuah masak lemak adalah sejenis kuah tradisional dalam masakan Melayu yang berasaskan santan, menjadikannya berlemak, pekat dan berperisa. Selain ikan, banyak yang memilih telur dalam kuah masak lemak.
Namun, salah satu cabaran utama semasa memasak telur masak lemak adalah telurnya cepat pecah dan hancur. Apabila ini berlaku, selera boleh hilang.
Tahukah anda bahawa terdapat satu bahan mudah yang ramai tidak sangka dapat memastikan telur tetap bulat, licin dan tidak pecah dalam kuah yang mendidih? Yang lebih menarik, bahan tersebut biasanya tersedia di dapur.
Baca juga: 6 Tips Masak Kari Supaya Kuah Cantik Berkilat, Rasa Pun Lebih Terangkat!
TIPS TELUR TIDAK PECAH DALAM KUAH MASAK LEMAK
1. Pertama, didihkan air terlebih dahulu dalam periuk.
2. Kemudian, masukkan cuka (secukup rasa).
3. Apabila air sudah mendidih, masukkan telur satu persatu.
4. Hasilnya akan seperti dalam gambar di atas, tetapi pastikan anda tidak mengacau.
5. Setelah terbentuk dengan cantik, angkat dan gunakan untuk memasak sesuai dengan selera anda.
Siapa sangka, bahan yang paling ringkas pun boleh menjadi penyelamat masakan anda. Dengan hanya menambahkan cuka dalam air mendidih, rupa telur anda akan menjadi bulat sempurna.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ummi Dayyan
Baca juga: Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!