Rahsia Membuat Ikan Bilis Lembut Tanpa Telur dan Air Panas – Pasti Teruja!


jemput ikan bilis

Tak dapat menyaksikan Jemput Jemput Ikan Bilis yang terhidang, pasti resah menunggu untuk menyantap. Maklumlah, kudapan goreng ini menjadi kesukaan ramai sejak dahulu kala.

Jemput Jemput atau dikenali juga sebagai cucur atau cekodok adalah kuih tradisional dan amat terkenal, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan desa.

Dari mana asalnya istilah Jemput Jemput ini? Sebenarnya, nama tersebut diberi kerana bentuknya yang hampir sejemput tangan ketika dicelup ke dalam minyak untuk digoreng.

Kini, pelbagai teknik digunakan untuk menghasilkan Jemput Jemput yang bentuknya menarik. Selain menggunakan sudu, ada yang memilih senduk untuk membuatnya.

Fyza Shah di Facebook telah berkongsi tips untuk membuat Jemput Jemput Ikan Bilis yang lembut tanpa menggunakan telur dan air panas. Ternyata, penting untuk menambah sesenduk nasi ketika menyediakannya. Mari kita cuba!

Baca juga: Jemput Jemput Kentang Lembut Sampai Ke Petang, Menggunakan Air Sejuk Pun Sedap!

RESIPI JEMPUT JEMPUT IKAN BILIS LEMBUT

jemput ikan bilis

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kisar bawang dan ikan bilis menggunakan air sejuk biasa hingga halus.

2. Setelah itu, anda boleh memotong ubi kentang (ikut citarasa, samada dalam bentuk dadu atau panjang).

3. Seterusnya, campurkan tepung gandum bersama bahan yang telah dikisar tadi dan gaul sehingga rata.

4. Setelah gaul, masukkan ubi kentang yang telah dipotong ke dalam adunan tersebut.

5. Kemudian, panaskan minyak dan mula menggoreng hingga berwarna keemasan.

6. Jika tidak suka terlalu garing, anda boleh terbalikkan setelah ia terapung dan berwarna sedikit kuning, angkat dan tos. Siap sedia untuk dihidangkan!

jemput ikan bilis

Ketika ada waktu lapang di rumah, pasti teringin untuk menyediakan sesuatu di dapur. Jadi, bolehlah anda mencuba membuat Jemput Jemput Ikan Bilis ini di rumah nanti.

Oleh kerana proses membuat Jemput Jemput ini sangat ringkas, ia adalah pilihan terbaik sebagai sajian sarapan atau minum petang bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Fyza Shah

Baca juga: Jemput Jemput Ikan Bilis, Untuk Rangup Jangan Lewatkan Langkah ‘Ini’ Sebelum Menggoreng!



Source link

Scroll to Top