Peria sering kali dikenal dengan rasanya yang pahit, yang kadang kala membuatkan orang enggan menjamah. Namun, terdapat petua untuk menghilangkan kepahitan peria dan cara memasaknya agar lebih rangup.
Aisyah Abdullah telah berkongsi petua menghilangkan pahit peria sekaligus cara menggorengnya di Facebook dengan langkah-langkah yang mudah diikuti. Mari kita lihat cara tersebut!
Baca juga: Cara Paling Mudah & Cepat Untuk Menghapuskan Bau Hancing Ikan Pari, Memang Berkesan!
PETUA HILANGKAN PAHIT PERIA
Bahan-bahan:
- Peria (jenis peria katak atau biasa)
- 3 sudu makan garam (tambah sukatan jika peria banyak)
Cara-caranya:
1. Potong peria, bersihkan, dan buang bijinya. Boleh juga belah dua.
2. Seterusnya, hiris nipis, atau jika suka, boleh sagat.
3. Setelah siap dihiris, tambahkan garam (bahan ini membantu mengeluarkan pahit peria), kemudian gaul hingga peria layu. Biarkan selama 15 hingga 30 minit.
4. Toskan airnya, dan cuci peria dengan air dua atau tiga kali supaya tidak terlalu masin.
5. Selepas cuci, perah peria untuk mengeluarkan air. Jika tidak, peria akan jadi lembik ketika digoreng.
CARA GORENG PERIA SUPAYA RANGUP
Bahan-bahan:
- Peria (yang telah dibuang kepahitan)
- Tepung serbaguna jenama Bestari (guna jenis hot & spicy jika ingin sedikit pedas)
- Minyak masak
Cara-caranya:
1. Selepas perah peria, masukkan tepung serbaguna Bestari dan gaul supaya tepung mudah melekat.
2. Setelah itu, saluti peria dengan tepung kering (Bestari) satu demi satu.
*Tips: Untuk membuat peria lebih rangup dan tahan lama, campurkan tepung Bestari dengan sedikit tepung jagung dan tepung beras.
3. Goreng dengan api sederhana, masukkan peria satu persatu. Apabila garing, angkat dan toskan.
*Tips: Untuk hasil yang lebih rangup, goreng peria dua kali. Pastikan peria dingin sebelum menggoreng kali kedua.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Aisyah Abdullah
Baca juga: Lelaki Ini Kongsikan Cara Menggoreng Bendi Supaya Tidak Berlendir, Memang Berkesan!