Setelah membeli beras, isu paling membimbangkan adalah bubuk atau kutu beras yang sering hadir. Untuk mencegahnya berlaku, anda boleh amalkan cara untuk menyimpan beras ini di rumah.
Kami tertarik dengan kongsian oleh Nor Jannah di Facebook yang dikenali dengan nama Mak Long tentang cara menyimpan beras yang sangat berkesan dan menarik. Jom kita lihat!
Baca juga: 5 Kegunaan Plastik Beras Terpakai, Ibu-Ibu Boleh Cubanya Di Rumah!
CARA MENYIMPAN BERAS TANPA BUBUK
1. Ambil sekampit beras dan masukkan ke dalam peti sejuk di bahagian pembekuan (freezer).
Teknik ini digunakan untuk membunuh bubuk atau kutu beras yang suka bersarang dalam beras. Sebaiknya, biarkan beras dalam freezer selama 3 hari.
2. Selepas 3 hari di dalam freezer, biarkan beras kering terlebih dahulu.
Jangan terus simpan beras dalam botol selepas 3 hari di freezer. Ia perlu diberikan peluang untuk berehat dan kering semula pada suhu bilik agar dapat mencegah kelembapan air terkumpul yang boleh menyebabkan kerosakan atau pertumbuhan kulat pada beras.
3. Tidak perlu menyimpan semua beras, satu atau dua botol sudah mencukupi.
Cukup buat satu atau dua botol, manakala selebihnya digunakan seperti biasa untuk masakan harian. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau tentang menyimpan semua sekaligus, ikut keperluan sendiri.
4. Isi beras dalam botol dan tekan dengan lembut.
Apabila beras telah kering, barulah boleh dimasukkan ke dalam botol. Semasa mengisi beras, jangan lupa menekan botol dengan lembut agar isi beras lebih padat.
5. Letakkan cili kering atau oxygen absorber.
Sebagai tambahan, letakkan cili kering atau oxygen absorber di antara beras untuk menghindari bubuk dan memastikan kesegaran beras dalam tempoh yang lama. Lebih padat beras disusun dalam botol, lebih baik.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nor Jannah
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!