Ketika Hari Raya mendekati, banyak yang mencari daun palas untuk membuat ketupat. Untuk menjaga agar ia sentiasa segar dan tahan lama, anda perlu mengetahui cara menyimpan daun palas dengan betul.
Sungguh tidak lengkap hidangan pada Hari Raya jika tiada ketupat di sampingnya. Justeru itu, daun palas sering dicari kerana merupakan komponen penting bagi pembuatan ketupat.
Dengan cara penyimpanan yang tepat, daun palas akan terus elastik dan mudah diaplikasikan saat diperlukan. Tambahan pula, hasil ketupat pada Hari Raya akan menjadi lebih sempurna.
Berkenaan dengan Hari Raya yang bakal tiba ini, kami ingin berkongsi cara menyimpan daun palas agar tahan lama dan segar biarpun berbulan-bulan lamanya. Mari kita lihat caranya.
Baca juga: Cara Simpan Kentang Dan Bawang Yang Tak Ramai Tahu, Tak Boleh Duduk Dekat-Dekat!
CARA MENYIMPAN DAUN PALAS SUPAYA TAHAN LAMA
1. Pertama sekali, bersihkan daun palas dengan baik dan buang semua kotoran yang terdapat.
Cara membersihkan daun palas:
- Ketuk-ketuk daun palas bagi mengeluarkan habuknya.
- Gunakan tuala lembap untuk mengelapnya.
- Anda juga boleh mencuci dengan air, tetapi pastikan untuk menggantung atau menyidai agar daunnya kering.
2. Setelah itu, potong batang keras pada daun palas dengan teliti dan pastikan untuk tidak merobeknya.
3. Kemudian, ambil surat khabar atau plastik dan balutkan daun palas tersebut.
4. Akhir sekali, simpan di dalam peti sejuk pada bahagian pembekuan. Siap!

Kredit gambar: Facebook Nurul Natashaa
Jika daun palas yang anda miliki sedikit, anda boleh meletakkannya di luar pada suhu bilik. Bagi yang berniaga dan mungkin perlu menyimpan daun palas dalam jumlah besar, sebaiknya simpan di dalam peti sejuk.
Walaupun ada kalanya daun palas berubah warna dari hijau menjadi coklat, namun rasa asli ketupatnya tetap tidak berubah sama sekali.
Cara menyimpan daun palas ini amat berguna untuk anda yang ingin membuat persiapan sejak awal. Lebih baik meneruskannya, agar tidak terburu-buru ketika Hari Raya dyampak nanti.
Selamat mencuba!
Kredit gambar muka depan: Facebook Mzlan Yahaya, Facebook Khairul Ekmi
Sumber: Ketupat Palas Kak Marr
Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Kekal Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan