Serai adalah bahan yang sangat diperlukan di dapur kerana aromanya yang harum dan rasa segarnya menjadikan masakan lebih enak. Namun, penting untuk mengetahui cara menyimpan serai agar tetap segar dan tahan lama.
Untuk masakan tomyam, rendang ataupun kari, serai memang mesti ada kerana wangiannya yang mampu menggugah selera. Senang kata, hidangan terasa tidak lengkap tanpa kehadiran serai.
Satu isu yang sering dihadapi ialah serai cepat kering dan layu jika tidak disimpan dengan baik. Siapa yang mahu menggunakan serai yang sudah lembik atau berbau busuk untuk memasak, bukan?
Oleh itu, anda perlu memahami tip penyimpanan serai yang tepat supaya ia tetap segar. Setelah mencuba metode ini, anda pasti akan berpuas hati. Mari kita lihat apa tipnya!
Baca juga: Cara Simpan Lobak Merah Berbulan Tanpa Lembik, Segar Seperti Baru Dicadangkan!
TIPS MENYIMPAN SERAI SUPAYA TAHAN LAMA
1. Pertama sekali, bersihkan serai yang ingin disimpan.
2. Kemudian, sediakan balang panjang yang sesuai untuk jumlah serai yang akan disimpan.
3. Setelah itu, masukkan serai tersebut ke dalam balang.
4. Selanjutnya, tuangkan air hingga serai terendam di dalam air.
5. Setelah itu, letakkan dalam peti sejuk. Air ini dapat bertahan selama 2 hingga 3 bulan.
6. Jika ingin serai lebih segar dan bersih, tukar air setiap minggu atau setiap 2 minggu sekali.
Apabila anda mengetahu cara penyimpanan yang betul, serai bukan sahaja tahan lama, tetapi juga akan kekal harum, segar dan sedia untuk digunakan bila-bila masa.
Tip simpanan serai ini juga boleh digunakan untuk menjaga lengkuas, kunyit segar dan lain-lain. Secara ringkas, cara ini memang bermanfaat untuk anda amalkan di dapur.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Diyanah Safiya
Baca juga: Cara Simpan Daun Pandan Supaya Tetap Segar, Berbulan Pun Boleh Tahan