Siapa yang tidak merasa hampa apabila jerih payah untuk membuat popia carbonara tetapi hasilnya berantakan? Gunakan sahaja tips menggoreng popia carbonara ini, pasti tidak akan pecah lagi di masa hadapan.
Popia carbonara ialah popia yang dipenuhi dengan inti berasaskan sos carbonara, sejenis sos krim berkeju yang biasanya dihidangkan dalam masakan pasta.
Perpaduan makanan tradisional seperti popia bersama masakan Itali yang dikenali sebagai carbonara membuatkan ramai terpesona. Jadi, tidaklah menghairankan kuih goreng ini sehingga menjadi viral di platform media sosial.
Salah satu isu yang sering timbul ketika menyediakan popia carbonara ialah kulit popia menjadi mudah pecah dan intinya juga cepat meletup saat penggorengan.
Oleh itu, kami syorkan anda mencuba tips menggoreng popia carbonara yang telah dikongsikan melalui video di TikTok oleh mas.dari.dapur ini. Jom kita lihat tipsnya!
Baca juga: Tips Menghindari Bendi Dari Berlendir Selepas Memasak, Rahsia Dapur Ini Tidak Ramai Tahu!
TIPS MENGGORNG POPIA CARBONARA
1. Inti carbonara perlu dimasak sedikit kering atau pekat. Jika terlalu cair, kulit popia akan lebih mudah pecah. Pastikan tunggu inti benar-benar sejuk, baru dapat digoreng.
2. Elakkan meletakkan inti berlebihan. Jika terlalu banyak, ia akan menyebabkan inti carbonara terburai lebih mudah semasa menggoreng popia.
3. Paling utama, mesti gulung dengan rapi. Tidak mengapa jika saiz popia agak kecil dan pendek, asalkan inti tidak keluar semasa menggoreng nanti.
4. Ramai yang hanya menggunakan air untuk melekatkan kulit popia selepas menggulung. Untuk lebih selamat, lebih baik gam hujung gulungan dengan air bancuhan tepung gandum. Tunggu gam kering, baru boleh menggoreng.
5. Setelah itu, panaskan minyak dengan menggunakan api kecil. Apabila minyak sudah panas, baru masukkan popia.
6. Terakhir, hindari membalik-balikkan popia terlalu kerap. Tunggu sehingga bahagian bawah popia menunjukkan warna perang, baru terbalikkan dan goreng sehingga popia masak dengan sempurna.
Jangan merasa kecewa setelah sekali gagal karena pasti ada cara untuk memperbaikinya. Maka, tips menggoreng popia carbonara ini tentu saja bermanfaat untuk anda amalkan di rumah.
Semoga memberi manfaat!
Sumber: mas.dari.dapur
Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Agar Tidak Melekat Pada Kuali, Ternyata Ada Petua Yang Perlu Diikuti