Resepi Asam Pedas Johor terkenal dengan rasa yang lazat dan kuah yang pekat. Terdapat pelbagai cara untuk memasak asam pedas, bergantung kepada negeri. Oleh itu, kita dapat menikmati asam pedas dengan pelbagai rasa yang berbeza.
Jika anda pernah mencuba asam pedas Melaka atau dari utara, apa kata kali ini mencuba asam pedas Johor pula. Resipi yang dikongsi oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini pasti sedap dan unik!
Baca juga: Cara Memasak Laksa Johor Asli, Gunakan Jenis Ikan Ini Untuk Kuah Lebih Pekat & Sedap
RESEPI ASAM PEDAS JOHOR
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
- 2 biji bawang merah besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 1/2 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1 senduk penuh cili kering
- Sedikit belacan (mengikut cita rasa, jika tidak mahu boleh diabaikan)
- 1 sudu kecil lada hitam
Bahan-bahan Tambahan:
- Jenis ikan (boleh gunakan sebarang jenis ikan)
- 1/2 cawan air asam jawa pekat
- Daun kesum
- 1-2 kuntum bunga kantan
- 1 cawan air biasa
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga wangi.
- Tambahkan cili kering yang telah diblend dan tumis sehingga pecah minyak.
- Setelah bahan tumis pecah minyak, tuangkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak sehingga aroma wangi terhasil.
- Terakhir, masukkan ikan yang telah dipotong dan tambah garam secukup rasa.
Tips: Anda boleh menambah bendi atau tomato jika suka. Tambah juga sedikit air jika kuah terlalu pekat.
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Baca juga: Resipi Mee Rebus Style Johor, Kuah Pekat dan Memang Padu!