Rahsia Resipi Perapan Ayam Goreng Berempah Ketumbar yang Menggoda Selera!


ayam goreng berempah ketumbar

Resepi ayam goreng berempah ketumbar ini benar-benar berbeza daripada ayam goreng biasa. Ayam ini penuh dengan rasa kerana ia diperap dengan pelbagai rempah ratus sebelum dicelur.

Selalunya, apabila menggoreng ayam, kita hanya taburkan garam dan serbuk kunyit sahaja, bukan? Kali ini, mari kita ‘tingkatkan’ sedikit dengan mencuba versi yang lebih lazat dan menggugah selera.

Bagi anda yang ingin mencuba, anda boleh semak resipi penuh yang dikongsikan oleh Encik Tengku Asmadi di bawah untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Lelaki Kongsikan Resipi Ayam Goreng Berhantu Cara ‘Emak’, Pasti Berebut Makan!

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KETUMBAR

ayam goreng berempah ketumbar

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 sudu besar tepung goreng segera jenama pilihan

Bahan kisar:

  • 1 buku bawang putih (anggaran 8–10 ulas)
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 6 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kisar hingga halus.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama ayam yang telah dipotong.
  3. Tambahkan garam, perasa dan tepung goreng segera. Gaul rata.
  4. Perap ayam semalaman di dalam peti sejuk untuk mendapatkan rasa yang lebih sebati dan sedap.
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan keemasan.

Sumber: Tengku Asmadi

Baca juga: Resipi Ayam Kicap Empat Dara, Rasa Lagi Pedas & Berempah Dari Biasa!



Pautan sumber

Scroll to Top