Resepi cream cheese atau krim keju merupakan unsur penting dalam pembuatan kek, pencuci mulut, dan pelbagai sajian lain. Namun, kadang-kadang krim keju sukar diperoleh dan harganya juga cukup tinggi.
Melalui perkongsian Cik Puan Hana, beliau telah mendedahkan langkah-langkah untuk menghasilkan cream cheese atau krim keju secara buatan sendiri hanya dengan mengambil tiga bahan. Mari kita lihat cara-cara ini.
Baca juga: Cara Buat Egg Tofu Homemade Guna 2 Bahan, Teksturnya Lembut & Licin Elok!
RESEPI CREAM CHEESE HOMEMADE DENGAN 3 BAHAN
Bahan-bahan:
- 1 liter susu segar/full cream
- 1 biji lemon
- Secubit garam halus
Langkah-langkah:
1. Pertama sekali, perah lemon ke dalam mangkuk.
2. Pastikan perahan lemon mencapai 4 hingga 5 sudu besar. Ketepikan seketika.
3. Tuangkan susu ke dalam periuk. Masak menggunakan api sederhana dan kacau perlahan sehingga mendidih.
4. Setelah susu mendidih dengan tenang, masukkan perahan lemon sedikit demi sedikit.
5. Kacau perlahan sehingga susu mula berketul.
6. Jika susu sudah berketul, padamkan api dan tutup periuk. Biarkan selama 30 minit.
7. Tapis semua ketulan susu tersebut.
8. Setelah selesai menapis airnya, anda boleh mengisar halus.
9. Masukkan cream cheese ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus dengan secubit garam.
10. Simpan dalam bekas kedap udara. Ia boleh bertahan selama seminggu dalam chiller.
Kredit resepi dan gambar: Cik Puan Hana
Baca juga: Cara Buat Pes Pandan Homemade, Bau Wangi Semerbak Tak Sama Macam Beli