“Rangup dan Lembut: Cucur Sayur Dengan Sentuhan Air Panas!”


cucur sayur

Apabila menyediakan sayur dalam satu hidangan, terasa jemu untuk merayu anak-anak supaya makan. Namun, sebaik sahaja menyediakan cucur sayur ini, ia sudah habis sebelum sempat sejuk! Anda boleh menambah pelbagai sayuran yang disukai.

Cucur ini kriuk di luar dan lembut di dalam, rasanya tetap enak walaupun sudah sejuk. Kuncinya terletak pada cara mencampur adunan dengan menggunakan air panas, bukannya air sejuk.

Teknik ini bukan sahaja membuat cucur lebih rangup, tetapi juga memudahkan ia kekal tanpa menjadi lembik. Sangat sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi atau kudapan petang. Ia boleh dinikmati begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Versi Mak-Mak, Tanpa Air Kapur Pun Tetap Rangup!

RESIPI CUCUR SAYUR

cucur sayur

Bahan-bahan:

  • 1 tongkol jagung – buang empulur dan hiris isinya
  • 1 cawan ayam kisar
  • 1 biji kentang – potong dadu kecil
  • ½ biji bawang besar – hiris nipis
  • 1 genggam kucai – potong pendek
  • Kobis – potong halus
  • Lobak merah (carrot) – hiris halus atau potong dadu
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air panas mendidih
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Gabungkan semua bahan dalam satu bekas besar.
  2. Tuangkan air panas mendidih secara beransur sambil dikacau hingga sekata. (Air panas membantu memastikan cucur menjadi rangup!)
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  4. Ambil sesudu adunan dan jatuhkan ke dalam minyak. Goreng sehingga berwarna keemasan dan rangup di luar.
  5. Angkat dan toskan minyak.
  6. Cucur sayur ini enak dinikmati panas-panas bersama sos cili atau kuah kacang. Selamat mencuba!

Sumber: Khairul Abdullah

Baca juga: Cucur Roti Gardenia, Guna 3 Langkah Saja Tapi Lembutnya Luar Biasa



Source link

Scroll to Top