Pernah mencuba jeruk buah sentul? Buah sentul mungkin tidak se terkenal mangga atau kedondong sebagai pilihan untuk dijadikan jeruk.
Namun, cita rasanya yang luar biasa, masam, manis, dan sedikit kelat membuatkan jeruk ini istimewa. Apabila dipadu dengan kuah yang pedas-pedas manis, memang boleh membuatkan ketagih!
Jeruk ini sedap dinikmati begitu sahaja. Terutama sekali jika disajikan sejuk selepas disimpan dalam peti sejuk. Mari kita cuba sediakan jeruk buah sentul versi ringkas tetapi penuh rasa!
Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk Sejuk Memang Menggoda!
RESEPI JERUK BUAH SENTUL
Bahan-bahan kuah:
- Gula putih
- Gula melaka
- Sedikit air
- Cili kering yang telah dikisar (jika ingin lebih pedas, boleh tambah 2-3 biji cili padi)
Bahan utama:
- Buah sentul (dikupas dan dicincang)
Tip: Setelah mengkupas buah, segera cincang dan rendam dalam air garam semalaman. Ini bertujuan untuk mengelakkan buah menjadi lebam.
Cara penyediaan:
- Tambahkan sedikit air ke dalam periuk bersama gula putih dan gula melaka. Masak hingga larut dan sebati.
- Selanjutnya, masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan kuah mendidih sambil dikacau perlahan. Setelah kuah siap masak, biarkan sejuk terlebih dahulu.
- Buah sentul yang telah direndam semalaman disiram dengan air bersih, kemudian ditos. Apabila air telah kering, masukkan buah ke dalam bekas atau botol yang bersih.
- Untuk sentuhan akhir, tambah 3-4 sudu besar cuka untuk meningkatkan rasa masam jeruk.
- Siap! Simpan dalam peti sejuk dan nikmati bila-bila masa. Selamat mencuba!
Sumber: Amani Amin
Baca juga: Jeruk Pedas Ini Buat Kecur Air Liur, Rasa Pedas, Masam & Manis yang Sempurna!