Hari Raya Aidiladha semakin hampir, tentu ramai mulai merancang hidangan untuk perayaan yang penuh erti ini. Selain hidangan daging korban, rasanya kurang lengkap tanpa Nasi Impit Kuah Kacang.
Menu tradisional seperti Nasi Impit Kuah Kacang sangat ideal untuk dinikmati bersama keluarga dan tetamu kerana ianya bukan sahaja mudah, tetapi rasanya tetap menggugah selera.
Noriza Awang Hamat telah berkongsi resipi menyeluruh untuk membuat Nasi Impit Kuah Kacang di Facebook yang sangat sesuai dinikmati sepanjang musim perayaan. Mari kita cuba!
Baca juga: Cara Rebus Nasi Impit Dengan Cepat & Jimat Gas, Sesuai Untuk Hari Raya Atau Kenduri!
RESIPI NASI IMPIT KUAH KACANG
Bahan-bahan untuk nasi impit:
Cara-cara membuat nasi impit:
1. Bilas beras hingga bersih, kemudian masukkan air, daun pandan yang disimpul, sedikit garam dan minyak masak.
2. Masak seperti nasi biasa. Selagi nasi belum kering, jangan dikacau.
3. Setelah nasi masak dan benar-benar kering, lenyekkan semasa nasi masih panas.
4. Alas bekas dengan daun pisang, kemudian masukkan nasi yang telah dilenyek tadi.
5. Balut dengan kemas dan tindih dengan benda berat supaya nasi impit terhasil dengan baik.
Bahan-bahan untuk kuah kacang:
- 2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak, kemudian dibuang kulit dan dikisar kasar)
- Lengkuas besar seukuran ibu jari (diketuk)
- 3 batang serai (diketuk)
- 1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
- Santan dari sebiji kelapa (gunakan santan pekat sahaja)
- 3 keping nisan atau gula Melaka
- 4 sudu besar gula pasir
- Sekitgaram
Bahan kisar untuk kuah kacang:
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Cili kering yang telah direbus terlebih dahulu
Cara-cara membuat kuah kacang:
1. Panaskan periuk, kemudian masukkan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2. Tambah gula Melaka dan jintan putih, kacau sehingga sebati, kemudian masukkan serai, lengkuas dan gula pasir.
3. Setelah semuanya sebati, tambahkan santan pekat, kacang tanah dan sedikit garam, kemudian masak hingga pekat dan pecah minyak.
Jika anda mencari hidangan tradisional yang mudah, sedap dan sesuai untuk sambutan Hari Raya, resepi Nasi Impit Kuah Kacang ini adalah pilihan yang terbaik. Selepas makan, pasti tiada henti untuk menikmatinya.
Selamat mencuba!
Sumber: Noriza Awang Hamat
Baca juga: Wanita Dapat Resipi Kuah Kacang Dari Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!